| 1 | Nur Hannani AW | 6Z | 84 | 109 | 193 |
| 2 | Anith Sufiah | 5M | 82 | 102 | 184 |
| 3 | Aliff Danial | 6M | 68 | 101 | 169 |
| 4 | M. Danial | 5N | 75 | 88 | 163 |
| 5 | Aiman Amyrul | 6D | 95 | 68 | 163 |
| 5 | Nur Aufa Akmal | 6B | 98 | 65 | 163 |
| 7 | M. Danial Hafizi | 5M | 70 | 71 | 141 |
| 8 | Nur Rabiatul A | 4D | 78 | 57 | 135 |
| 9 | Faziera Izzaty | 6M | 59 | 71 | 130 |
| 10 | M. Aiman Haikal | 5M | 42 | 82 | 124 |
| 10 | Ali | 6D | 35 | 89 | 124 |
| 12 | Ainul Sofia | 6Z | 73 | 51 | 124 |
| 13 | Nurul Izzah | 5B | 65 | 58 | 123 |
| 14 | M. Kamal Fitri | 6Z | 59 | 61 | 120 |
| 15 | M. Aiman Kamil | 6Z | 84 | 35 | 119 |
| 15 | M. Faris Hakimi | 4B | 65 | 54 | 119 |
| 17 | Amir Imran | 6D | 51 | 65 | 116 |
| 18 | Siti Aminah | 5M | 64 | 51 | 115 |
| 19 | Amirul Aiman Hafiz | 6Z | 68 | 41 | 109 |
| 19 | M. Khalis Wafiq | 5D | 58 | 51 | 109 |
| 19 | M. Aiman Amyrul | 6D | 50 | 59 | 109 |
| 22 | Nur Izzati | 5D | 41 | 68 | 109 |
| 23 | Nur Fitri Aina | 6Z | 48 | 54 | 102 |
| 24 | Zahirul Arif | 6D | 41 | 59 | 100 |
| 25 | M. Haziq Aiman | 5D | 68 | 30 | 98 |
| 25 | M. Faiz Syahmi | 4B | 54 | 44 | 98 |
| 27 | M. Farhan | 4D | 38 | 59 | 97 |
| 27 | M. Raziman | 6M | 56 | 41 | 97 |
| 29 | Izzul Aiman | 6D | 47 | 49 | 96 |
| 30 | M. Ikhwan Alif | 5D | 39 | 47 | 86 |
| 31 | Ali Iskandar | 5B | 49 | 35 | 84 |
| 32 | Norathirah | 6N | 30 | 46 | 76 |
| 32 | Nur Hana | 5M | 37 | 39 | 76 |
| 34 | M. Syakir | 5M | 50 | 21 | 71 |
| 35 | Nor Siti Izyani | 5M | 22 | 29 | 51 |
Tuesday, March 27, 2012
Latihan Boling : Edisi 5
Tuesday, March 6, 2012
Latihan Boling : Edisi 4
Thursday, March 1, 2012
Masih Impian, Bukan Kenyataan... Apapun TAHNIAH !!!

Satu-satunya pemain boling SKBI perempuan yang layak ke acara MASTER, Nur Fatini Atiera hanya dapat menahan sebak apabila kecundang dalam acara itu hari ini. Dengan catatan purata 101.16 mata untuk 6 games (607) beliau berada di tempat ke-7 daripada 8 peserta yang bertanding. Dengan rasminya, impian untuk melihat peserta SKBI beraksi bersama 4 pemain terbaik P. Pinang di peringkat kebangsaan hancur berkecai. Sekalung ucapan tahniah dirakamkan kepada beliau walaupun dalam keadaan serba kekurangan, Fatini masih mampu menunjukkan prestasi yang agak baik.
Terlalu banyak kekurangan yang ada jika dibandingkan dengan pemain-pemain lain. Peserta lain antaranya dilihat memiliki keistimewaan seperti mempunyai bola sendiri, sokongan moral ibubapa dan guru yang hadir pada hari perlawanan, latihan intensif sepanjang minggu sebelum acara dijalankan, semangat juang yang tinggi dan mesra dengan tempat permainan atau dalam erti kata lain telahpun menjalani latihan di tempat yang sama.

Sempat bergambar bersama COACH USA Mr. Dale Niemela
Apapun, kelab boling harus melakukan refleksi di atas apa yang berlaku kerana peluang pada tahun ini dilihat agak cerah berbanding 2010. Sesuatu perlu difikirkan bagi memperbaiki corak latihan pada masa hadapan. Keterlibatan dan kepedulian ibubapa juga perlu diambil kira dalam menentukan ahli yang berkelayakan. Ia penting untuk memastikan impian kita ke peringkat kebangsaan melalui acara MASTER bukanlah impian yang suka-suka tetapi impian yang "alang-alang bermimpi biarlah menjadi kenyataan".



Wednesday, February 29, 2012
Penentuan Di Tangan Fatini

Sejarah tercipta lagi buat Kelab Boling SKBI apabila salah seorang pemainnya Nur Fatini Atiera akan bermain dalam acara MASTER yang dijadual berlangsung esok di Sunshine, Bayan Baru. Tepat jam 9.00 pagi Khamis bersamaan 1 Mac 2012, Fatini bakal berentap bersama 7 pemain boling terbaik MSSPP P. Pinang. 6 games menjadi taruhan buat mereka bagi membentuk skuad negeri mara ke peringkat kebangsaan.
Nur Fatini Atiera yang juga Pengerusi Kelab Boling diharap dapat bermain dengan baik kerana kesemua pemain-pemain yang bersama beliau adalah lawan yang tidak harus dipandang ringan. Walaupun menduduki tempat ke-5 daripada 8 terbaik, mata yang dikumpulnya dalam All Event akan dipintas pada bila-bila masa. Ini kerana apa-apa sahaja boleh berlaku dalam acara MASTER sekiranya kita leka atau melakukan sebarang kesilapan.
Bagi pihak pengurusan tiada apa yang boleh diberikan melainkan doa dan harapan agar beliau dapat bermain dengan cemerlang. Semoga kisah 2010 tidak berulang kembali di mana seorang pemain SKBI hanya kekurangan 5 mata dalam acara MASTER untuk menempatkan diri antara 4 yang terbaik. Apapun, harapan untuk melihat Fatini beraksi di peringkat kebangsaan kini terletak di tangan beliau sendiri.
Sama-samalah kita berdoa... Amin
Tuesday, February 28, 2012
LATIHAN BOLING : EDISI 3
Seramai 44 murid termasuk 26 orang bukan ahli telah menyertai latihan boling edisi ke-3 pada petang tadi. Latihan yang bermula agak lewat kira-kira jam 4.20 petang itu tamat dua jam berikutnya. Pada hari ini peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan ahli kelab dan bukan ahli.Dalam pada itu, Nur Fatini Atiera yang turut hadir pada kali ini diberi keistimewaan untuk bermain seorang diri dalam satu lane. Beliau yang dibimbing jurulatih boling SKBI, En Aswad Ahmad dilihat agak bersemangat sepanjang permainan. Pada game yang terakhir beliau berjaya mencatat markah agak memberangsangkan iaitu 146 mata. Nur Fatini Atiera merupakan antara 8 pemain terbaik P. Pinang yang akan berentap dalam acara MASTER pada Khamis ini untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
Monday, February 27, 2012
Penyampaian Hadiah MSSPP
Guru Besar SKBI, Pn. Hjh. Halimatun Sa'adiah bt. Said hari ini telah menyampaikan hadiah dan sijil kepada para pemain boling seramai 10 orang. Bertempat di dataran perhimpunan, Nur Fatini Atiera mendahului senarai penerima pingat dan sijil Kejohanan Boling Tenpin MSSPP 2012. Nur Fatini mendapat tiga pingat yang kesemuanya gangsa menang dalam acara individu, bergu dan berpasukan. Menyusuli beliau 2 pemegang pingat yang juga gangsa iaitu Faziera Izzati yang menyerlah dalam acara bergu dan berkongsi tempat dalam acara berpasukan bersama Nurhannani dan Ros Ainin Sofia.Dalam pada itu, Nur Aufa Akmal hanya mendapat sijil penyertaan bersama 5 lagi pemain lelaki iaitu Muhd. Rasyiqi, Muhd. Syafiq, Muhd. Danial, Aliff Danial dan Ahmad Izzat.

Kesemua pemain boling SKBI bergambar kenangan bersama guru-guru penasihat
Tuesday, February 21, 2012
Kursus Kemahiran Asas Boling (Siri 1)
Seramai 36 ahli Kelab Boling telah menyertai Kursus Kemahiran Asas Boling Tahap 1 Siri Pertama pada petang tadi. Kursus yang dianjurkan dengan kerjasama PK Kokurikulum SKBI telah diadakan selama hampir 2 jam bertempat di Makmal Komputer 1. Hadir sama kesemua guru penasihat termasuk Juru Teknik SKBI, Cik Nurhayati Mat Isa.Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli tentang kemahiran asas bermain boling secara teori. Dalam pada itu, peserta juga didedahkan dengan pelbagai fakta menarik seperti sejarah, asal usul permainan, istilah-istilah yang berkaitan dengan permainan, cara pengiraan mata dan sebagainya.

Para peserta tekun mendengar ceramah


Untuk Siri 1 ini, Pn. Nurzaini dan En. Rasyiddin bertindak sebagai fasilitator dalam membicarakan tentang sejarah dan cara pengiraan mata. Manakala pada Siri Ke-2 nanti, Pn. Zuraini dan En. Aswad akan menerangkan pula tentang teknik balingan dan cara mengambil pin spare.
Pada akhir Siri 1 tadi juga para peserta diberi peluang untuk menjawab 5 soalan dalam borang penilaian kursus mengenai pengiraan mata terkumpul. Semua peserta yang hadir pada Siri 1 dan Siri 2 akan diberikan sijil.
Subscribe to:
Posts (Atom)
