Sunday, February 28, 2010

MSSPP 2009



Pasukan Boling Lelaki Dari Kiri : Mohd Danial B. Mohd Fauzi, Saiful Akmal B. Kamarudin, Shahrul Arif B. Azuki & Muhammad Alif Arham B. Mohd Zahid

Pasukan Boling Perempuan Dari Kiri : Nurul Atikah Bt. Zaini, Wan Nurhusna Khaleeda Bt. Wan Yazman, Nur Hanis Farhanah Bt. Rosman & Nur Zahirah Bt. Zainol

Bersama Medal Yang Dimenangi Masing-masing...

Bersama Pemenang Dari Sekolah Lain.

Mohd Danial Menerima Medal Daripada Penganjur... Tahniah Dpt Sampai 4!!!

Thursday, February 25, 2010

LATIHAN BOLING - EDISI KE-4



Khamis 25 Feb 2010.

Alhamdulillah, tepat jam 3.30 ptg, semua ahli kelab boling seramai 45 orang selamat sampai ke Megalanes utk sesi latihan kali ini. Walaupun di wajah masing-masing nampak keletihan kerana baru selesai menduduki ujian fasa 1, semangat utk bermain boling tidak pernah pudar.. (maklumlah sudah 4 hari berkurung di rumah utk mengulangkaji pelajaran). Apapun tahniah diucapkan kpd semua ahli yg pergi pd kali ini lebih-lebih lagi kpd mereka yg berjaya mencipta rekod baru... SKBI BOLEH !!!

Berikut adalah keputusan keseluruhan peserta pd hari ini :

1 - 204 Akmal Hisyam b. Zabri 5Z
2 - 179 Nur Hanini bt Fazli 5M
2 - 179 Nur Najwa Syifa' bt Mahamud 6M
4 - 167 Noor Eza Shazwana bt. Elias 6B
5 - 166 Muhammad Darwiis b. Mohd Jamil 6D
6 - 146 Amir Fakhri b. Mansor 6N
7 - 145 Mohd Syafiq Haiqal bin Syukri 5M
8 - 131 Muhd Irfan b. Zabidi 5N
9 - 131 Rabiatul Adawiyah bt Mohamad Suhaimi 6M
10 - 130 Nur Amani Husna bt Ramli 6M
11 - 129 Muhammad Azmir bin Yusri 5N
11 - 129 Saiful b. Azhar 5Z
13 - 127 Nur Farhanah bt Rodzi 6D
14 - 124 Ikmal Wafiy bin Suhaimi 5N
15 - 123 Razana Azra bt Rosman 5D
16 - 121 Muhammad Adli Faiz bin Noorazmi 5M
17 - 120 Aisyah bt Ahmad Zakiyuddin 6B
18 - 119 Nur 'Aufa bt Nor Azman 5M
19 - 118 Muhammad Waiz bin Nor Kamal 5N
20 - 116 Nik Ahmad Faiz b. Nik Adli 5N
21 - 112 Nur Alya Nuha bt Abdul Malik 6N
22 - 111 Nur Risma Arisya bt Mohd Jahubar Sidek 5N
23 - 110 Fatin Nur Syazani bt Mohd Noor Azlan 5D
24 - 109 Amirul Khairi b. Shamsul Anuar 5N
25 - 108 Izzat Hakim bin Ahmad Zaini 5N
25 - 108 Farah Patricia bt Zainul Mukhtar 5D
27 - 107 Muhd Azri Aiman b. Azham 5Z
28 - 104 Adam Haikal b. Basiron 5Z
29 - 93 Muhd Faris bin Mohd Fauzee 5M
29 - 93 Muhammad Afiq b. Ismail 6J
31 - 92 Danial Fakhri b. Md. Khadri 5N
32 - 89 Mohd Harriz b. Mohd Izaham 6J
33 - 85 Muhammad Aidi Imran bin Mohd Fauzi 5N
34 - 84 Muhd Amer Syauqi bin Abdul Hamid 6D
35 - 83 Anas Amzar b. Abdul Munir 5Z
36 - 82 Mohd Afiq b. Hanafiah 6D
37 - 81 Nur Hidayah bt Abdul Rahim 5D
37 - 81 Nur Syamimi bt Abdull Shukor 5M
39 - 77 Nur Hanie Qistina bt Mohd Jamil 5N
40 - 75 Muhammad Syahmi Sajid b. Sany Seth 6N
40 - 75 Dania bt. Husaini 6M
42 - 69 Nur Atira bt Azman 5M
43 - 46 Nor Syasya Alia bt Muhd Firdaus 5N
44 - 41 Nurhalimah bt Aziz 5B
45 - 29 Nurul Anis Sofi bt Azman 6M

Sunday, February 21, 2010

TAHUKAN ANDA ???


Lorong Boling ataupun "bowling lane" yang panjangnya 60 kaki dan lebarnya 42 inci, dibina dengan menggunakan 39 keping papan yang disusun secara sama rata. (klik gambar utk besarkan)


Saturday, February 20, 2010

KENALI SUKAN BOLING


Sukan boling berasal daripada permainan "skittle" yang sangat popular di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Kini pemain-pemain dari Asia Tenggara telah maju dalam permainan ini dan ramai juga yang telah bergelar juara dunia. Di Sukan Asia tahun 2006, emas Malaysia banyak disumbang oleh pasukan tenpin bolingnya.

Boling merupakan salah satu olahraga dengan penyertaan terbanyak daripada pelbagai usia. Tidak mengenal batasan umur, siapa saja boleh bermain sama ada kanak-kanak, remaja, orang dewasa bahkan mereka yang telah lanjut usia. Tidak hairanlah jika sukan boling merupakan olahraga yang paling digemari di hampir setiap negara di dunia. Kini dianggarkan terdapat kira-kira lebih daripada 100 juta orang di dunia yang minat dan gemar bermain boling.

Boling sepuluh pin atau “ten-pin bowling” adalah sejenis sukan kompetitif dan riadah di mana seorang pemain diperlukan untuk menggolek bola di atas lorong (lane) dengan tujuan untuk memperoleh mata secara menjatuhkan sebanyak pin yang boleh. Lorong permainan ini disebut sebagai “bowling lane” yang diperbuat daripada papan kayu dan disapu dengan sejenis minyak (was) atau sintetik (polyurethane) agar licin.
Lorong boling pula berukuran 42 inci (105 cm) lebar dan 60 kaki (18.2 m) panjang.

Di kiri dan kanan lorong tersebut terdapat 2 longkang yang akan mengutip bola yang melencong ke luar. 20 kaki (6m) kehadapan adalah ruangan untuk pemain bergerak, dan baki 40 kaki (12m) lagi adalah untuk bola bergolek ke arah 10 pin yang disusun secara segi tiga di hujung lorong. Pemain akan naik ke pelantar lorong tersebut dengan bola yang beratnya di antara 6 hingga 17 paun (2.7 - 7.7 kg). Bola ini memiliki 3 lubang untuk meletakkan jari-jari pemain. Jari yang diguna ketika bermain adalah ibu jari, jari tengah dan jari manis.

Sistem Permainan

Untuk setiap game ada 10 frames yang membolehkan pemain membuat 2 kali balingan bagi setiap satunya. Setiap pemain diberi peluang untuk menjatuhkan sebanyak-banyak pin yang boleh bagi mengumpul mata pada setiap balingan. Jika pemain dapat menjatuhkan kesemua pin pada balingan pertama ia disebut sebagai STRIKE. Namun jika pemain hanya dapat menjatuhkan sebahagian sahaja dan bakinya dijatuhkan pada balingan kedua ia disebut sebagai SPARE.

Pemain yang melakukan spare dalam frame ke-10 (final frame) akan mendapat 1 balingan bonus (balingan ke-3). 3 kali STRIKE yang dilakukan oleh pemain secara berturut-turut dalam frame ke-10 disebut sebagai TURKEY.

Cara Melempar Bola

Setiap orang memiliki “style” tersendiri ketika melempar bola ke arah pin. Apa yang jelas, sukan boling ada skillnya yang tersendiri dan tidak boleh diabaikan oleh setiap pemain. Jika pemain tersebut menggunakan tangan kanan untuk melempar bola, maka ketika melempar bola, ia hendaklah menekuk kaki kiri kehadapan dengan membongkokkan sedikit badan, serta kaki kanan dalam posisi ke belakang. Panah yang ada di atas lane sangat membantu para pemain untuk dijadikan sebagai petunjuk bagi menggelicik bola ke arah pin yang ingin dijatuhkan.

SATU PERMULAAN...