Dalam permainan boling terdapat beberapa istilah khas yang perlu diketahui oleh pemain. Ia sangat membantu pemain untuk memahami peraturan permainan, bagaimana mata diberikan, cara mengira skor dan sebagainya.
Berikut adalah istilah-istilah yang harus difahami :
1. "Strike" adalah ketika anda menjatuhkan kesemua pin sekaligus pada balingan pertama.
2. "Spare" adalah ketika anda menjatuhkan atau menghabiskan baki pin atau kesemua pin pada balingan kedua.
3. "Split" akan terjadi ketika bola mengenai pin 1 iaitu head pin pada balingan pertama. Kes sebegini biasanya akan mengakibatkan terjadi rongga di antara pin yang tertinggal sama ada pin 7 dan 10 ataupun pin 7 dan 9 ataupun pin 8 dan 10 dan lain-lainnya. Dalam formasi ini, sulit bagi seseorang pemain mendapatkan spare terutama jika dia memiliki split 7-10 yang merupakan split yang paling susah untuk dijatuhkan.
4. "Turkey" merupakan 3 kali strike dilakukan berturut-turut.
5. "Open Frame" berlaku jika pemain tidak berjaya menjatuhkan sebarang pin dalam balingannya.
No comments:
Post a Comment