Untuk setiap strike, matanya adalah 10 + jumlah jatuhan pin untuk dua balingan seterusnya.
Contoh:
Frame 1 – 10 (Strike) mata = 10 + ? + ?
Frame 2 – 8 mata
Frame 2 – 1 mata = 8 + 1
Dengan itu, jumlah mata bagi frame 1 adalah 10 + 8 + 1 = 19.
Untuk setiap spare pula, markahnya adalah 10 + jumlah jatuhan pin untuk satu balingan seterusnya.
Contoh :
Frame 1 – 8
Frame 1 – 2 (Spare) mata = 10 + ?
Frame 2 – 7 mata
Frame 2 – 2 mata 7 + 2
Jumlah markah bagi frame 1 adalah 10 + 7 = 17.
Pada paparan skrin, strike akan ditunjukkan dengan simbol X sementara spare dengan simbol /.
Contoh pengiraan mata :
Frame 1: 9 + 1 + 10 = 20
Frame 2: 10 + 8 + 2 = 20
Frame 3: 8 + 2 + 7 = 17
Frame 4: 7 + 1 = 8
Frame 5: 10 + 10 + 7 = 27
Frame 6: 10 + 7 + 3 = 20
Frame 7: 7 + 3 + 10 = 20
Frame 8: 10 + 10 + 10 = 30
Frame 9: 10 + 10 + 9 = 29
Frame 10:10 + 9 + 1 = 20
Jumlah mata / skor = 211
Dalam pada itu, jika anda tidak berjaya melakukan sebarang strike ataupun spare, mata yang anda perolehi adalah mengikut berapa jumlah pin yang anda jatuhkan dalam balingan itu tanpa merujuk kepada balingan seterusnya. Lebih malang lagi jika anda tidak memperoleh apa-apa mata dek kerana pin itu terlalu sukar untuk anda taklukinya.
Nota: Jangan runsing, semakin kerap anda bermain boling, semakin pandai anda mengira markah nanti.
No comments:
Post a Comment