Wednesday, September 25, 2013

YES'2 Stage'4

Latihan yang dijadualkan pada hari ini berjalan lancar. Para peserta dilihat bermain dengan agak konsisten dan baik terutamanya ahli muda iaitu Naazhim dan Ammar Mukhlis. Dalam pada itu, 3 orang pemain YES akan dihantar untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Boling Antara Sekolah-sekolah P. Pinang 2013 yang dijadualkan pada hari Sabtu ini (28 September 2013). Seramai 15 orang murid akan dihantar ke temasya tersebut termasuk beberapa kalangan murid dari tahun 6.

Tuesday, September 24, 2013

Kejohanan Boling Tenpin Tahun Enam 2013 : 6 Berlian

Bertempat di Megalanes Perai, seramai 37 orang murid tahun 6 Berlian telah menyertai Kejohanan Boling Tenpin Tahun Enam 2013 Kategori Kelas 6 Berlian. Tepat jam 4.00 petang kejohanan dimulakan dan para peserta perlu bermain sebanyak 2 games seorang secara berkumpulan. Mana-mana kumpulan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira sebagai pemenang.

Untuk kategori Kelas 6 Berlian ini, terdapat 2 kumpulan yang mendapat markah tertinggi yang sama dan dikira dalam kedudukan seri di tempat pertama. Dengan pungutan markah sebanyak 600 setiap satu, kumpulan tersebut telah diisytiharkan sebagai pemenang.

Dalam pada itu, terdapat 5 murid kelas lain turut menyertai kejohanan ini sebagai latihan persediaan untuk menghadapi kategori kelas mereka pada minggu hadapan.

Berikut adalah kedudukan secara keseluruhan pemain-pemain boling kelas 6 Berlian :

1. 223 Muhd. Ilya Faris HIGH SCORE
2. 204 Nurul Izzah
3. 201 Nur Liyana Fatihah
4. 197 Nur Alia Ellyana
5. 173 Darwisyah
6. 168 Muhd. Iqbal Amin
7. 166 Fatin Adriana
8. 161 Long Adarisa
161 Mohd. Luqman Haziq
10. 153 Ahmad Mustaqim
11. 150 Farhan
12. 145 Ali Iskandar
13. 140 Nuraishah Emily
14. 137 Muhd Iqbal Hakim
15. 126 Muhd. Farhan Hamimi
16. 125 Alya Faiqa Raihan
17. 124 Izzatul Nadia
18. 123 Mumtaz Hayati
19. 118 Aisyah Nurain
118 Muhd. Afif
118 Muhd. Fikrey
22. 117 Atrah Azhani
23. 116 Nur Syazwani
24. 114 Akmal Aiman
25. 112 Muhd. Harits
26. 110 Nur Afrina
27. 107 Nurul Syafiqah
107 Riyad Maqail
29. 106 Anis Sabrina
30. 101 Nuha Sabrina
31. 94 Fatin Nabilah
32. 83 Nur Husnina
33. 79 Muhd. Fawwaz Iman
34. 74 Nur Adriana
35. 70 Nur Athirah
36. 65 Nur Laily Hazwani
37. 52 Farah




Monday, September 23, 2013

YES'2 : Stage'3

Bertempat di Megamall Pinang, seramai 10 orang peserta YES dan 5 orang peserta BOS telah menjalani latihan boling yang telahpun masuk tahap ke-3. Sesi pada kali ini telah dimulakan tepat jam 4.05 petang dengan para pemain secara keseluruhannya menunjukkan tahap permainan yang agak bagus. Namun begitu, masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.

Pada tahap ketiga ini, para pemain telah dibekalkan dengan nota skor setiap seorang yang memerlukan mereka untuk mencatat semua markah yang dipungut setiap game. Dalam pada itu, para peserta YES telah bergaya garang dengan t-shirt baharu YES'2 yang diimport dari Ipoh dengan sentuhan warna oren.

Wednesday, September 11, 2013

Latihan Boling : Edisi 17

Seramai 40 orang murid SKBI hari ini telah menyertai latihan boling edisi ke-17. Kesemua mereka terdiri daripada murid-murid tahun 4 dan 5. Latihan diadakan bagi mencungkil bakat baru dan memberi pendedahan sukan boling kepada mereka yang tidak pernah bermain.

Tuesday, September 10, 2013

YES'2 : Stage'2

Seramai 12 pemain YES dan 6 pemain BOS menyertai latihan pada kali ini. Latihan yang dijadualkan bermula pada jam 4.00 petang telah dimulakan 20 minit lebih awal. Rata-rata pemain dapat menunjukkan tahap permainan yang agak memuaskan. Namun, terdapat seorang dua peserta yang perlu diberi perhatian ekoran tahap kecekapan mereka dan teknik permainan ditetapkan tidak dipenuhi dengan sebaiknya.

Mereka akan diberikan peluang untuk berlatih pada tahap ketiga. Jika selepas itu, pihak jurulatih dapat mengesan corak permainan yang tidak memuaskan, peserta terbabit akan direhatkan. Harap maklum.


Thursday, September 5, 2013

YES'2 : Stage'1

Bertempat di Arena Boling Megalanes, para pemain boling YES dan BOS SKBI telah menyertai program YES'2 pada hari ini. Seperti yang telah diwar-warkan sejak empat hari yang lalu, mereka kesemuanya dijemput dan diberikan peluang untuk menyertai latihan tahap pertama ini. Latihan pertama dan kedua YES'2 ini amat penting kepada semua pemain bagi menilai prestasi mereka sama ada layak untuk meneruskan latihan ataupun disingkirkan pada tahap ke-3 atau seterusnya.

Para pemain yang layak sahaja akan diberikan tempat untuk terus bermain, manakala yang tidak layak pula akan digantikan dengan pemain baru.

Latihan Boling : Edisi 16

Seramai 43 orang murid SKBI dari kalangan murid tahun 3 dan 4 telah menyertai latihan boling edisi ke-16 hari ini. Latihan pada hari ini telah dimulakan tepat pada jam 4.00 petang. Mereka kebanyakkannya adalah terdiri daripada murid-murid biasa dan bukan ahli kelab. Dalam pada itu, terdapat juga para pemain YES dan BOS menghadiri latihan kali ini.

Latihan ini diadakan bagi memberi peluang kepada murid-murid yang bukan ahli untuk bermain boling di samping mencungkil bakat di kalangan murid biasa.

Sunday, September 1, 2013

PROGRAM YES'2 2013

Salam Sejahtera...
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Setelah hampir seminggu program YES 2013 tamat, kini muncul program baru yang dijangka akan dimulakan seawal 5 September nanti. Program yang diatur sebagai aktiviti susulan dan pemantapan ini diberikan nama YES'2 yang bakal mengekalkan pemain-pemain YES'1. Namun begitu, terdapat sedikit perubahan di kalangan para peserta memandangkan program susulan ini dijangka memberikan tumpuan kepada pemain yang konsisten dan boleh berdaya saing. Satu garis panduan bakal ditetapkan kepada semua pemain agar mereka dapat mempamerkan tahap permainan yang baik serta penguasaan yang tinggi dalam kemahiran yang telah diajar.

Dalam pada itu, para pemain yang tidak menunjukkan tahap kecekapan yang ditetapkan bakal berdepan dengan tapisan dan akan memasuki fasa penyingkiran atau digugurkan. Memandangkan program kedua ini juga bernaung di bawah peruntukan S.B.T. para pemain diingatkan untuk sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap latihan yang diadakan bukan sekadar datang dan pulang dengan keadaan yang sama tanpa menunjukkan sebarang peningkatan.