Wednesday, November 11, 2015

TEKNIK SPIN

Di kalangan rakyat Asia, teknik spin ini agak popular. Selain dari kosnya yang lebih murah dari segi peralatan dan mudah dikuasai, bermain bowling teknik spin sesuai ini digunakan di pusat-pusat bowling di Asia yang kebanyakkanya tidak menjaga lane dengan sempurna. Oleh itu, menggunakan teknik hook menjadi susah, lantaran lane yang tidak terjaga menyebabkan hook yang dibuat kurang menjadi (tiada grip pada lane) atau sering tersasar.

Teknik spin agak mudah dikawal kerana pergerakkan bola yang agak lurus. Bola melalui beberapa “board“/papan sahaja sebelum sampai ke poket tengah dan memberikan peluang yang lebih untuk pemain bowling melontar ke sasaran mereka.

Namun, untuk mendapat “strike” yang konsisten bagi spin agak sukar berbanding “hook” kerana pergerakkan tangan yang lebih dilakukan untuk mendapatkan spin ini. Dalam kondisi lane yang baik dan berminyak, peluang “spinner” untuk menewaskan pemain hook agak sukar. Akan tetapi di peringkat Asia, nampak ramai spinner (terutama dari Taiwan dan Singapura) yang mampu memberi saingan dengan teknik spin yang amat baik sekali.

Cara Main Bowling Teknik Spin



Anda boleh gunakan pergerakkan berbeza mengikut keselesaan sendiri. Namun yang penting dalam teknik spin ialah saat perlepasan bola. Amnya dari segi yang lain-lain ia agak sama dengan teknik yang lain tetapi dalam teknik spin beberapa perkara perlu diberi perhatian :

1. Bola dilepaskan dari semua jari dengan serentak (dalam teknik hook, ibu jari anda akan keluar dulu).

2. Kedudukan ibu jari adalah di bawah masa dilepaskan (6 o’clock) dan dua jari lagi di atas (12 o’clock).

3. Spin dihasilkan menerusi pergerakan pergelangan tangan (wrist) yang dibuat sejurus sebelum bola dilepaskan

4. Follow through dilakukan selepas bola dilepaskan dengan semua jari ke atas menunjukkan ke arah sasaran.

5. Tangan berada di hadapan badan/kaki semasa bola dilepaskan (bersebelahan badan/kaki jika hook)
bowling spinner.

Gambar kredit: www.gtabowling.ca

Bola Bowling

Bola bowling untuk teknik spin biasanya agak ringan (10lb – 12lb) dan menggunakan drilling yang biasa (standard) dengan kesemua tiga-tiga jari masuk hampir keseluruhannya. Pastikan lubang tidak terlalu ketat atau longgar buat anda bagi mengelakkan kecederaan. Gunakan “tape“/pembalut khas yang boleh dibeli dari pusat-pusat bowling jika perlu untuk melindungi jari anda. Jangan “grip” bola dengan kuat dan paksa bola spin dengan laju atau kuat bila melakukan “spin“.

Kunci dalam teknik ini adalah bagaimana bola anda bertindak terhadap pin (pin reaction)…

... dan bukannya berapa kuat atau lajunya spin anda itu. Bermain di lane yang berbeza dan menggunakan pin yang berbeza akan memberikan pin reaction yang berbeza. Oleh itu, spinner perlu bijak membuat adjustment (perubahan pada cara lontaran atau sudut kemasukkan bola ke poket). Menukar bola bowling kepada yang lebih berat/ringan atau permukaan bola yang berbeza juga antara cara yang sering digunakan oleh spinner bila kesukaran mendapatkan “strike“.

Namun untuk mereka yang baru mula belajar menggunakan teknik spin ini, cuba berikan tumpuan pada mendapatkan spin yang terbaik. Lekatkan penanda (sticker) pada bola dan cuba pelbagai teknik spin yang sesuai dan lihat bagaimana ia bertindak pada pin. Minta bantuan pakar (pemain bowling yang berpengetahuan) di pusat bowling anda bagi mendapatkan kesan yang lebih baik. Pastikan juga lontaran anda konsisten pada sasaran dan timing anda sempurna.

All the best dan semoga sukses bermain bowling teknik spin…

http://dululainsekaranglain.com/