Sunday, March 31, 2013

MSSPP 2013

Esok, pasukan boling SKBI akan beraksi dalam Kejohanan Boling Tenpin MSSPP 2013 bermula jam 9.00 pagi. Mereka kesemuanya seramai 8 orang iaitu 4 lelaki dan 4 perempuan. Difahamkan esok adalah hari pertama pasukan boling SKBI akan bertanding dalam kategori individu lelaki dan perempuan bawah 12 tahun. Manakala pada hari Khamis nanti akan beradu nasib pula dalam kategori bergu.

Untuk edisi tahun ini, pihak pengurusan boling negeri hanya mempertandingkan 2 acara sahaja dengan menggugurkan acara berkumpulan. Ini disebabkan oleh bajet yang diluluskan pihak atasan. Walaupun begitu, diharapkan skuad SKBI dapat menyumbangkan pingat seterusnya mengharumkan nama sekolah. SKBI Boleh !!!

Jadual Kejohanan Boling Tenpin MSSPP 2013

Isnin - 1/4/2013
9.00 - Individu Lelaki B12T
11.30 - Individu Perempuan B12T

Khamis - 4/4/2013
9.00 - Bergu Lelaki B12T
11.30 - Bergu Perempuan B12T

Peserta SKBI Ke Kejohanan Boling Tenpin MSSPP 2013

Alif Muhaimin b. Mohd Noor Azlan (6M)
Mohamad Aiman Haikal b. Zafri (6M)
Muhammad Danial b. Gazman (6D)
Muhammad Na’im b. Mohammed (5M)
Darwisyah Faqihah bt. Mohd Shahbodin (6B)
Nurul Izzah bt. Mohd Nizar (6B)
Nur Hana bt. Mohd Hidzam (6D)
Nur Syazwani Afifah bt. Kamsan (5B)

Thursday, March 28, 2013

Gerak Gempur Juara : Musim Cuti Sekolah

Hari ini merupakan hari terakhir program Gerak Gempur Juara MSSPP Musim 2013. Latihan Siri Ke-8 yang dijalankan di Pusat Boling Megalane ini turut menyaksikan ramai atlit lain yang rata-rata datang berlatih hanya untuk mempersiapkan diri dalam menghadapi Kejohanan Boling MSSPP 2013. Pasukan Boling SKBI juga tidak ketinggalan dalam misi terakhir ini dalam mempersiapkan atlit-atlitnya. Diharapkan latihan yang diadakan ini dapat membuahkan hasil dalam kejohanan tersebut pada mingu hadapan, Insya Allah... SKBI BOLEH !!!

Saturday, March 23, 2013

Tahniah !!! 12 Terpilih ...

Saringan murid boling bagi membentuk skuad YES telahpun berakhir pada Rabu lalu apabila seramai 12 orang telah dipilih. Program yang dijangka dimulakan pada 9 April 2013 nanti bakal menyaksikan 12 murid itu beraksi di arena boling Megalanes Prai. Setiap murid akan berlatih selama 30 jam yang melibatkan 15 kali versi latihan. Mereka ini akan diasuh dari peringkat awal permainan sukan boling sehinggalah ke peringkat yang tinggi. Impak daripada program ini diharap dapat membantu murid tersebut dari segi pengetahuan dan teknik permainan secara khususnya dan menyediakan atlit yang dapat mengharumkan nama sekolah pada masa hadapan secara amnya.
 

Berikut adalah nama-nama murid yang terpilih :

Kumpulan 1
1. Mior Muhammad Idham b. Mior Darul Ridzuan
2. Muhammad Ammar Mukhlis b. Zamzuri
3. Muhammad Ammar b. Fauzi
4. Muhammad Hariz b. Tajola’aurus

Kumpulan 2
5. Muhammad Khairil Hakimie b. Shazril Khairy
6. Naazhim b. Roslan
7. Syahmi Azfar b. Anisham
8. Wan Ahmad Qayyim b. Wan Yazman

Kumpulan 3
9. Auna Najihah bt. Muhamad Zahir
10. Auni Sufi bt. Zamzuri
11. Nor Haneey Damia bt. Noor Azman
12. Syaza Safiah bt. Mohd. Yusof

Wednesday, March 20, 2013

Gerak Gempur Juara (Akhir)

Program Gempur Juara MSSPP Musim 2013 telah berakhir pada hari ini. Seramai 11 orang murid SKBI telah menyertainya. Walaupun begitu, hanya 8 orang terbaik sahaja bakal diambil untuk meneruskan cabaran SKBI dalam Kejohanan Boling Tenpin 2013 selepas cuti persekolahan nanti. Dalam pada itu, pihak pengurusan boling merancang untuk mengadakan satu lagi latihan khas dalam cuti ini bagi memberi peluang kepada atlit untuk berlatih kali terakhir.

Selain prorgram GGJ-MSSPP ini juga, Latihan Boling Edisi ke-7 dan Program YES-SBT turut berjalan di tempat yang sama.

YES : Tahniah Kepada Yang Berjaya !!!

Kelab Boling SKBI merakamkan ucapan TAHNIAH kepada semua murid yang berjaya dalam menduduki kelompok 12 terbaik pemilihan skuad YES pada hari ini. Diharapkan kesemua murid yang terpilih ini akan memberikan kerjasama yang baik dan komitmen yang tinggi dalam program itu nanti. Bukan mudah bagi pihak pengurusan untuk memilih dan menentukan siapa yang layak dan siapa yang tidak.

Apapun, pesanan kepada mereka yang terpilih agar bijak menguruskan masa dan diri terutama dalam membahagikan waktu untuk pelajaran kerana sekali melangkah masuk ke program ini, masa bukan lagi penghalang kepada anda untuk mencipta pelbagai alasan.

Tuesday, March 19, 2013

Bengkel YES


Satu bengkel khas telah dianjurkan oleh Kelab Boling kepada hampir 30 orang murid SKBI. Mereka kesemuanya adalah calon-calon yang bakal berentap pada esok hari dalam merebut kedudukan 12 terbaik pemilihan Skuad YES-SBT 2013.

Pengisian bengkel kali ini telah disampaikan oleh En. Mohd Izaham dari SK Seberang Jaya II yang juga jurulatih skuad YES. Beliau telah memberikan beberapa teori tentang sukan boling seterusnya mengadakan amali di ruang legar. Turut hadir dalam bengkel ini adalah PK1 dan PK Koku dan juga guru-guru kelab.

Bengkel ini dianjurkan bagi memberi pengetahuan asas kepada murid sebelum mereka menyertai pertandingan pada esok hari. Kesemua peserta diberikan modul ringkas dan bekalan makanan dan minuman di akhir program.

Monday, March 18, 2013

Apa Itu Program YES ?



Definisi
Program Young Potential Bowlers (YES) 2013 anjuran Kelab Boling adalah sebuah projek sukan mega berskala besar di bawah peruntukan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2012 SK Bertam Indah. Ia adalah suatu usaha untuk menggilap bakat dan potensi murid-murid dalam sukan boling. Program ini diharap akan menjadi asas melahirkan juara di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Dalam masa yang sama ia juga dapat membentuk serta menyediakan barisan atlit yang berkemahiran tinggi bukan sahaja dari segi teknik permainan malah dari sudut pengetahuan. Program ini dijalankan mengikut modul yang dikendalikan oleh jurulatih dan dibantu guru-guru yang berkebolehan dalam sukan berkenaan.

Objektif

- Memberi peluang kepada murid-murid untuk memperkembangkan bakat dan potensi diri melalui latihan secara intensif.
- Melahirkan murid yang mempunyai kemahiran tinggi dalam sukan boling.
- Mewujudkan semangat persaingan yang sihat di kalangan murid.
- Melahirkan murid yang berpotensi dalam permainan sukan boling dan dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
- Melatih murid-murid bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal ketika menyertai pertandingan dan berusaha untuk menjadi juara.

 
Keistimewaan

1. Terhad untuk 12 orang terpilih sahaja.

2. Peserta akan dilatih selama 15 kali tanpa sebarang bayaran.
3. Peserta akan bermain 2 jam setiap kali latihan.
4. Peserta akan bermain seorang satu lane setiap kali latihan.

5. Makanan, minuman dan pengangkutan disediakan.
6. Berpeluang untuk mewakili sekolah dalam acara boling MSSPP dan MSSM.
7. Sijil tamat latihan akan diberikan.


Syarat (Jika disahkan terpilih)
1. Memiliki bola boling sendiri.

2. Mendaftar sebagai ahli Kelab Boling pada tahun 2014-2015.
3. Bersedia mewakili sekolah ke sebarang kejohanan boling (jika dipilih).
4. Tidak menjadikan alasan untuk meninggalkan sebarang kelas, tuisyen dan program pengajian hanya kerana menyertai program YES.
5. Peserta yang tidak berdisiplin akan diberhentikan.
 
 Tarikh Pelaksanaan
BIL
TARIKH
HARI
LATIHAN
1.
9 April 2013
Selasa
Versi 1
2.
11 April 2013
Khamis
Versi 2
3.
16 April 2013
Selasa
Versi 3
4.
18 April 2013
Khamis
Versi 4
5.
24 April 2013
Rabu
Versi 5
6.
30 April 2013
Selasa
Versi 6
7.
7 Mei 2013
Selasa
Versi 7
8.
9 Mei 2013
Khamis
Versi 8
9.
14 Mei 2013
Selasa
Versi 9
10.
12 Jun 2013
Rabu
Versi 10
11.
18 Jun 2013
Selasa
Versi 11
12.
20 Jun 2013
Khamis
Versi 12
13.
26 Jun 2013
Rabu
Versi 13
14.
2 Julai 2013
Selasa
Versi 14
15.
4 Julai 2013
Khamis
Versi 15
*Tertakluk kepada pindaan dan perubahan.