
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli tentang kemahiran asas bermain boling secara teori. Dalam pada itu, peserta juga didedahkan dengan pelbagai fakta menarik seperti sejarah, asal usul permainan, istilah-istilah yang berkaitan dengan permainan, cara pengiraan mata dan sebagainya.

Para peserta tekun mendengar ceramah


Untuk Siri 1 ini, Pn. Nurzaini dan En. Rasyiddin bertindak sebagai fasilitator dalam membicarakan tentang sejarah dan cara pengiraan mata. Manakala pada Siri Ke-2 nanti, Pn. Zuraini dan En. Aswad akan menerangkan pula tentang teknik balingan dan cara mengambil pin spare.
Pada akhir Siri 1 tadi juga para peserta diberi peluang untuk menjawab 5 soalan dalam borang penilaian kursus mengenai pengiraan mata terkumpul. Semua peserta yang hadir pada Siri 1 dan Siri 2 akan diberikan sijil.
salam...
ReplyDeleteboleh tak saya nak berkongsi perancangan aktiviti tahunan kelab boling. saya masih baru dalam bidang ni. mohon bantuan..