Kelab Boling melakar sejarah apabila maju setapak lagi dalam mengendalikan program berskala besar pada tahun ini. Program yang diberi nama "Young Potential Bowlers" atau akronimnya "YES" bakal dilaksanakan seawal April 2013. Aktiviti yang dilaksanakan ini adalah kesinambungan daripada program asal yang dikenali sebagai Gerak Gempur Juara, namun ia bernaung di bawah peruntukan program Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
Menurut Pengerusi Kelab Boling, seramai 12 orang murid bakal dipilih untuk menyertai program ini. Mereka akan dilatih selama 4 bulan bermula April ini dan berakhir pada Julai. Sebanyak 15 versi sesi latihan telah dijadualkan dan mereka akan ditempatkan setiap seorang satu lane dan berlatih untuk bermain selama 2 jam bagi setiap versi.
Untuk pemilihan peserta, satu sesi khas akan dijalankan pada Rabu depan bersamaan 13 Mac 2013 bagi memilih 12 pemain terbaik yang menunjukkan tahap permainan yang bagus dan skil yang baik.
No comments:
Post a Comment