Tuesday, April 16, 2013

YES : VERSI 1

Kelab Boling hari ini melakar sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya berjaya mengadakan program boling bertaraf profesional. Projek mega sukan boling berskala besar yang dinamakan Young Potential Bowlers atau akronimnya YES itu diadakan di Pusat Boling Megalanes, Perai. Tepat jam 4.00 petang, program yang berjalan di bawah bimbingan jurulatih boling, En. Mohd Izham telah disertai seramai 12 orang murid tahun 2 hingga tahun 4.

Program YES yang bernaung di bawah peruntukan khas Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2012 ini bakal berlangsung sebanyak 15 versi. Versi pertama telah berjalan dengan lancarnya pada hari ini dan akan berakhir dengan versi ke-15 pada 4 Julai 2013 nanti. Dalam pada itu, turut berjalan serentak pada hari ini adalah sebuah lagi program boling yang juga bernaung di bawah peruntukan SBT 2013 iaitu BOS. Projek boling BOS ini adalah di bawah pengurusan En. Mohd Bukhori. Dibarisi seramai 8 orang murid tahun 5, program ini diharap dapat membekalkan atlit pelapis untuk sekolah pada tahun 2014 nanti.

Berikut adalah rekod pencapaian memberangsangkan YES pada hari pertama mengikut kedudukan :

Kategori Lelaki.

1. Muhammad Khairil Hakimie b. Shazril Khairy
2. Muhammad Ammar b. Fauzi
3. Muhammad Hariz b. Tajola’aurus
4. Wan Ahmad Qayyim b. Wan Yazman
5. Muhammad Ammar Mukhlis b. Zamzuri
6. Naazhim b. Roslan
    Mior Muhammad Idham b. Mior Darul Ridzuan
    Syahmi Azfar b. Anisham

Kategori Perempuan.

1. Syaza Safiah bt. Mohd. Yusof
2. Nor Haneey Damia bt. Noor Azman
3. Auna Najihah bt. Muhamad Zahir
4. Auni Sufi bt. Zamzuri




No comments:

Post a Comment