
Kelab Boling yang menjadikan KL sebagai destinasi pilihan pada kali ini adalah trip yang ke-3 selepas Kuala Terengganu pada 2010 dan Langkawi pada 2011. Insya Allah pada masa hadapan, Legoland yang mendiami selatan tanah air bakal menerima kunjungan seterusnya.
Jutaan ucapan terima kasih dirakamkan buat semua murid yang terlibat dalam lawatan ke KL ini, para guru yang membantu juga para waris sekelian. Semoga lawatan ini akan memberikan pengalaman yang berguna kepada kita semua pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment