Program yang dijadikan sebagai pembuka tirai latihan 2014 ini adalah satu usaha untuk mencari bakat baru di kalangan pemain pelapis tahun 4. Mereka yang berjaya akan diserapkan ke dalam sebuah program lanjutan S.B.T. yang bakal diadakan pada bulan Februari nanti. Setakat berita ini ditulis, belum ada lagi nama bagi program berkenaan.
Pemilihan yang dijalankan bukan sekadar melihat kepada skor yang dipungut oleh murid. Dari satu sudut yang lain, kemahiran bermain juga turut diambilkira. Untuk lelaki, Muhammad Ammar Niyaz mendapat skor tertinggi jatuhan pin iaitu sebanyak 95 pin sementara perempuan pula sebanyak 94 pin menerusi Nurul Hazwanie. Kepada yang bakal terpilih, diharapkan dapat memberi komitmen yang baik sepanjang program itu berlangsung.
Sebagai makluman, pada minggu hadapan Pencarian Bakat Boling 2014 diteruskan lagi dengan pemilihan untuk murid tahun 5. Untuk tahun 4, nama-nama murid yang berjaya akan diumumkan tidak berapa lama lagi.
Berikut adalah keputusan permainan pada hari ini :
A. PESERTA LELAKI
B. PESERTA PEREMPUAN
No comments:
Post a Comment