Sunday, January 18, 2015

Sisipan 2 : Pemarkahan Boling

Matlamat permainan boling adalah untuk mendapatkan markah maksimum dengan menjatuhkan 10 pin dalam 1 atau 2 balingan bagi setiap “frame”. Markah maksimum bagi 1 perlawanan adalah 300. Satu permainan boling dibahagikan kepada 10 frame. Bagi setiap frame, pemain dibenarkan melakukan 2 balingan sekiranya balingan pertama tidak berjaya menjatuhkan 10 pin.

Balingan pertama sekiranya berjaya menjatuhkan kesemua 10 pin adalah dipanggil “Strike”. Markah 300 boleh diperolehi dengan mendapatkan 12 strike iaitu 9 strike pada 9 frame awal dan 3 strike pada frame ke 10. Balingan kedua sekiranya berjaya menjatuhkan semua baki dari balingan pertama adalah dipanggil “Spare”.

Sekiranya selepas balingan kedua, pemain masih gagal menjatuhkan semua pin, frame itu dikira “Open”. Bagi frame ke 10, pemain dibenarkan melakukan balingan ketiga sekiranya berjaya melakukan strike atau spare pada 2 balingan pertama.

Sumber : http://jombowling.blogspot.com/2010/06/tentang-permainan-bowling.html

Sunday, January 11, 2015

Sisipan 1 : Sejarah Boling

Terdapat banyak bentuk permainan boling dengan salah satu daripadanya dikenali sebagai boling sembilan pin. Paling terkini ialah boling sepuluh pin atau "tenpin bowling". Bentuk yang paling primitif yang terawal daripada sukan ini bertarikh dan ia merujuk kepada Mesir Purba.

Sejarah dan asal usul sukan ini dijejak sejak 2000 tahun dahulu. Permainan ini berkembang antara legionaries Roman iaitu melibatkan sesuatu objek batu dilambung sehampir mungkin dengan objek batu yang lain. Permainan ini terus menjadi popular di kalangan  askar Rom dan akhirnya berkembang luas ke Itali.
Kaedah-kaedah dan tatacara permainan boling telah dikemaskini dan diseragamkan buat kali pertama di bandar New York City pada 9 September 1895. Hari ini, sukan boling boleh dinikmati lebih 100 juta orang di lebih 100 buah negara di seluruh dunia dan terus berkembang melalui media hiburan seperti permainan video di rumah atau melalui gadjet terkini.














Rujukan : www.wikipedia.org