Sunday, January 18, 2015

Sisipan 2 : Pemarkahan Boling

Matlamat permainan boling adalah untuk mendapatkan markah maksimum dengan menjatuhkan 10 pin dalam 1 atau 2 balingan bagi setiap “frame”. Markah maksimum bagi 1 perlawanan adalah 300. Satu permainan boling dibahagikan kepada 10 frame. Bagi setiap frame, pemain dibenarkan melakukan 2 balingan sekiranya balingan pertama tidak berjaya menjatuhkan 10 pin.

Balingan pertama sekiranya berjaya menjatuhkan kesemua 10 pin adalah dipanggil “Strike”. Markah 300 boleh diperolehi dengan mendapatkan 12 strike iaitu 9 strike pada 9 frame awal dan 3 strike pada frame ke 10. Balingan kedua sekiranya berjaya menjatuhkan semua baki dari balingan pertama adalah dipanggil “Spare”.

Sekiranya selepas balingan kedua, pemain masih gagal menjatuhkan semua pin, frame itu dikira “Open”. Bagi frame ke 10, pemain dibenarkan melakukan balingan ketiga sekiranya berjaya melakukan strike atau spare pada 2 balingan pertama.

Sumber : http://jombowling.blogspot.com/2010/06/tentang-permainan-bowling.html

No comments:

Post a Comment