Memandangkan sukan boling adalah kegemaran warga kota masa kini, admin akan kongsikan cara yang mudah yang boleh diikuti bagi membolehkan anda melakukan strike. Cara baling bola boling terbahagi kepada dua iaitu cara spin atau cara hook dan cara baling bola boling secara straight.
Amaran keras : Permukaan lorong boling (lanes) dan sekitarnya adalah agak licin. Anda dikehendaki berhati-hati semasa membuat balingan dan disarankan agar tidak memakai cincin. Jika tidak akan jadilah seperti di bawah ini.
Jika ikut kaedah yang betul pasti akan strike. Cara sebenar bukan main baling sahaja tapi ada langkah-langkah yang perlu dikuti dan yang paling pasti, bola boling hendaklah dipegang dengan betul supaya bola tersebut jatuh di lorong yang ditetapkan bukan di belakang. Ini memang banyak terjadi kepada pemain baru.
Di bawah disertakan gambaran agar anda lebih jelas.
Di bawah disertakan gambaran agar anda lebih jelas.
Ini adalah garisan yang perlu anda ikuti. Ikut panduan bermain dengan melihat anak panah di atas lorong (target arrow) bukannya pin.
Struktur badan atau beberapa gerakan atau langkah dan hayunan yang perlu dilakukan sebelum anda melepaskan bola boling di atas lorong.
Terdapat banyak lagi teknik dan cara yang kupasannya agak panjang tentang bagaimana untuk bermain secara baik agar mudah untuk memperoleh strike. Sila rujuk pada laman-laman blog yang banyak memperincikan tentang sukan boling ini atau tunggu saja pada entri yang akan datang. Itupun kalau admin rajin dan terserempak dengan bahan-bahan yang ada dalam laman-laman perkongsian yang boleh dimuatkan di sini.
Selamat Mencuba !