Bersemangat untuk membeli bola boling pertama anda adalah
sesuatu yang mengujakan. Namun sebelum melakukannya, anda perlu
mempertimbangkan beberapa tips asas untuk akhirnya anda membeli salah satu bola
yang sesuai mengikut keperluan anda. Bola boling terdiri daripada pelbagai
jenis material contohnya plastic, polyester, urethane dan sebagainya.
Untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan sukan boling
atau boleh disebut sebagai pemain baru, ada disyorkan untuk memilih bola boling
jenis plastic. Pilihlah yang agak mahal (jika mampu) agar ia boleh bertahan
untuk masa yang lama. Akan tetapi, kebanyakan pemain baru lebih suka kepada bola dari jenis polyester kerana tindak balasnya yang berbeza dan boleh ditangani
sesuai dengan gerakan dan putaran. Ok, setelah anda menetapkan jenis bola yang anda
perlukan anda juga perlu mempertimbangkan faktor lain iaitu berat bola boling
itu sendiri.
Apabila melihat lawan anda bermain dengan baik dan terus
menerus melakukan strike demi strike atau paling kurang pun tidak dibazirkan
pin dengan sentuhan “spare”nya, anda juga akan berangan-angan untuk jadi
seperti dia. Betul tak? Mengapa mereka mampu? Jawapannya adalah kerana mereka
menggunakan bola yang sesuai dengan berat badan mereka. Ada satu petua yang
disarankan, anda perlu memilih bola yang beratnya paling maksimum. Biasanya
pemain akan dan hanya memerlukan bola yang sedikit kurang beratnya daripada
yang difikirkan oleh pembuat petua itu.
....bersambung
No comments:
Post a Comment