Sunday, February 7, 2016

PALING ASAS DALAM "STEP" BOLING

Antara asas boling :

1- Starting position/line up di lane. Cara kita berdiri, cara letakkan kaki ikut arah arrow di lane dan cara tunjukkan good posture sebelum baling.

2- Cara pegang bola boling. Kedua tangan dirapatkan dengan badan dan bola dipegang atas dari pinggang. Badan kena lurus dan gunakan bahu belah kanan (kalau baling tangan kanan) untuk aim ketika baling. Dari siku ke pergelangan tangan kena lurus, tak boleh bengkok dan guna tangan lagi satu untuk support berat bola.

3- 4 steps bowling. Kaki kanan keluar dulu serentak dengan bola di angkat straight ke depan. Second step, kaki kiri ke depan dan bola dihayun ke bawah. Third step, bola dihayun ke belakang dan kaki kanan ke depan. Fourth step ialah finishing iaitu lepaskan bola di point paling rendah sambil kaki kiri ke depan dan stop before fault line. Sepanjang gerakan four steps, badan hendak tegak dan lurus, dada ke depan sambil tangan kanan aim ke depan.

4- Releasing ball. Ini paling kritikal. Bola dilepaskan, bukan BALING. Ada banyak cara. Ada cara baling straight, minimum spin atau maximum spin. Ini semua bergantung kepada cara pegang bola, kedudukan ibu jari dan gerakan twist dua jari.

5- Bila nak baling, cuba aim arrow kedua dari kanan/kiri di atas lane. Bila dah lepaskan bola, buat follow through, iaitu gerakkan tangan straight ke atas dengan lurus.

http://sesuatu-yang-indah.blogspot.de/

No comments:

Post a Comment