Bermain boling dengan lebih konsisten serta dapat meningkatkan jumlah jatuhan pin dan skor dari masa ke masa amat diharapkan oleh seseorang bowler. Untuk mencapai target itu, satu perkara haruslah dititikberatkan iaitu pemilihan bola yang betul yang dapat membantu anda bermain dengan baik. Secara tidak langsung ia boleh membuatkan kita lebih seronok bermain boling bersama rakan-rakan di samping memperbaiki tahap permainan.
Untuk itu, adalah lebih baik dapatkan bola sendiri yang sesuai dengan diri anda bukannya sekadar menggunakan "house ball". Ia bukan mudah dan pelaburannya juga bukannya murah. Dapatkan nasihat daripada otai-otai boling yang ada atau anda sendiri bertanya kepada kedai yang menjual bola boling.
Umum mengetahui bahawa pengeluar-pengeluar bola boling terkemuka seperti Storm, Hammer, eBonit, Roto Grip dan Brunswick telah membuat pelaburan yang banyak dalam sukan ini iaitu sering melakukan R&D dalam membangun dan merekabentuk bola boling yang berprestasi tinggi dengan penekanan pada garisan seimbangan (well balanced lines) pada bola bowling serta keupayaan tindak balas bola (ball reaction capabilities). Di peringkat yang lebih 'advance', anda akan dapati bahawa pemilihan bola yang sesuai dalam pertandingan akan memainkan peranan yang besar dalam kejayaan anda nanti. Namun, bagi peringkat permulaan, cukup kita lihat antara faktor-faktor asas yang harus dipertimbangkan ketika memilih bola boling untuk kegunaan sendiri.
Selalunya pemain akan melihat 3 perkara UTAMA iaitu :-
- Berat dan harga bola
- CoverStock
- Potensi Hook Bola
* Bersambung...
No comments:
Post a Comment