1. Menjerit kerana gembira atau sekadar untuk memberi peransang kepada rakan anda yang telah berjaya menjatuhkan keseluruhan pin (strike) ataupun hanya "spare" adalah dibenarkan. Namun perlu diingatkan supaya perbuatan itu dilakukan dengan penuh adab dan tatasusila iaitu cukup untuk didengar orang di tepi atau di belakang kita. Jangan pula anda menjerit hingga boleh menganggu konsentrasi pemain lain atau bak kata orang "bagai nak rak dibuatnya".
2. Memakai kasut boling semasa berada di atas lanes adalah dimestikan sama ada kepunyaan sendiri ataupun disewa di pusat boling. Pemakaian kasut selain dari kasut boling hanya akan merosakkan board.
3. Hendaklah duduk ataupun berdiri bagi mereka yang bermain di belakang mesin pulang bola bila orang sebelah bersedia untuk membuat balingan. Jangan berada di sebelahnya kerana ia boleh menghadkan pandangannya atau merosakkan "mood" dia untuk membuat balingan.
4. Sebaiknya dahulukan pemain yang berada di lorong kiri membuat balingan awal. Ini kerana kadang-kadang terdapat di kalangan "bowlers" yang tersasar badannya ke bahagian kanan apabila selesai membuat balingan. Oleh itu, eloklah dibiarkan dia membuat balingan dahulu agar tidak bertembung.
5. Jangan bermain secara "slow bowling" iaitu melengah-lengahkan permainan atau sengaja melepak atau duduk-duduk santai di hadapan lane. Ia boleh menganggu orang sebelah bermain.
6. Jangan melakukan perbuatan seperti memekik atau mengata orang tak tentu pasal. Bermain boling adalah bertujuan untuk beriadah dan melepaskan tekanan ketika bekerja ataupun untuk bergembira bukannya untuk menambahkan rasa marah dalam diri.
7. Simpan semula bola boling yang anda pakai khasnya bagi pemain yang menggunakan "house ball". Tak rugi pun kita berbuat demikian sekalipun kita telah bayar untuk permainan itu. Selain memudahkan pekerja pusat boling untuk melakukan tugas lain ia boleh mengajar kita tentang disiplin iaitu memulangkan semula barang yang kita gunakan ke tempat asalnya. Mudah kan?
No comments:
Post a Comment