Teknik Spin kebiasaannya menggunakan bola boling yang agak ringan (10lb – 12lb) dan menggunakan drilling yang biasa (standard) dengan kesemua tiga-tiga jari masuk hampir keseluruhan. Pastikan lubang tidak terlalu ketat atau longgar buat anda bagi mengelakkan kecederaan. Gunakan “tape“ (pembalut khas) jika perlu untuk melindungi jari anda. Jangan “grip” bola dengan kuat dan paksa bola spin dengan laju atau kuat bila melakukan “spin“.
Kunci dalam teknik ini adalah bagaimana bola anda bertindak terhadap pin (pin reaction) dan bukannya berapa kuat atau lajunya spin anda itu. Bermain di lane yang berbeza dan menggunakan pin yang berbeza akan memberikan pin reaction yang berbeza. Oleh itu, spinner perlu bijak membuat adjustment (perubahan pada cara lontaran atau sudut kemasukkan bola ke pocket). Menukar bola boling kepada yang lebih berat atau ringan atau permukaan bola yang berbeza juga antara cara yang sering digunakan oleh spinner bila kesukaran untuk mendapatkan “strike“.
Namun untuk mereka yang baru mula belajar menggunakan teknik spin ini, cuba berikan tumpuan pada mendapatkan spin yang terbaik. Lekatkan penanda (sticker) pada bola dan cuba pelbagai teknik spin yang sesuai dan lihat bagaimana ia bertindak pada pin. Minta bantuan pakar (pemain boling yang berpengetahuan) di pusat boling anda bagi mendapatkan kesan yang lebih baik. Pastikan juga lontaran anda konsisten pada sasaran dan timing anda sempurna.
No comments:
Post a Comment