Sunday, January 9, 2011
2011 : Bukan Sekadar Impian
Tabir 2010 yang berlabuh sejak seminggu lalu memahat pelbagai memori bagi setiap warga SKBI. Ia takkan kembali dan akan berlalu meninggalkan kita. 2011 yang muncul tentunya menagih segunung impian dan harapan demi memacu kerjaya agar terus gemilang dan lebih cemerlang.
Bagi Pengurusan Kelab Boling, kedatangan 2011 pasti menuntut 1001 cabaran dan rintangan yang perlu ditempuh khususnya dalam mencari bakat-bakat baru untuk digilap. Apatah lagi, 2015 merupakan tahun yang disasarkan SKBI untuk merealisasikan hasrat menjadi sekolah cemerlang dalam semua bidang di peringkat Kebangsaan.
Apa yang pasti, setiap guru dan ahli Kelab Boling tidak terlepas daripada menyahut cabaran dalam mentafsir impian itu. Jika sebelum ini, gelaran naib juara sudah sinonim pastinya gelaran juara yang diintai-intai. Konklusinya, gerak kerja yang diatur tidaklah sekadar hangat-hangat tahi ayam, bahkan menagih seribu pengorbanan yang harus dicurahkan.
Dengan pengurusan baru, semangat kerjasama dalam pasukan diharap terus kukuh dan mantap dalam meyusun strategi untuk mencorak kejayaan sepanjang 2011. Agar kemenangan terus menjadi milik kita dan segala impian serta matlamat yang dilakar dapat digapai dengan penuh bergaya dan bukanlah hanya sekadar impian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment