Tuesday, May 29, 2012

Jom Belajar !

Dengan pengetahuan yang baik tentang bowling dan latihan mencukupi, semua orang boleh bermain dengan konsistent dan menghasilkan jatuhan pin melebihi 200 pada setiap game.
 bowling-lane-diagram 2
Perkara pertama yang harus diingat oleh pemain bowling adalah jarak antara pin dengan garisan yang dibenarkan (foul line) adalah sejauh 60 kaki (Lihat Diagram di atas). Itu jarak yang amat jauh. Oleh itu, apabila membaling bola boling sebaiknya janganlah pin-pin yang jaraknya 60 kaki itu anda gunakan sebagai sasaran atau target anda. Untuk lebih konsistent cuba cari target yang lebih dekat untuk anda. Lihat sekeliling lane dan gunakan panduan yang ada sebagai guideline anda.


 tenpin bowling lane
Sekarang lihat pula dengan teliti lane bowling (rujuk gambar di atas). Perhatikan arrow (anak panah) dan papan-papan kecil yang diatur (board) pada lane tersebut. Terdapat 39 boards pada setiap lane bowling. Pemain boling tangan kanan akan mengira board dari kanan ke kiri, manakala pemain kidal akan mengira dari kiri ke kanan. Arrow di susun selang 5 boards. Arrow pertama dari kanan adalah pada board ke lima.

board and arrows 
Boards dan arrows ini digunakan sebagai sasaran atau target bagi menggantikan pin yang agak jauh 60 kaki dari foul line. Sesetengah pemain boling menggunakan arrow sebagai target, manakala yang lain pula menggunakan board. Gabungan kedua-duanya juga boleh dipakai bagi memantapkan lagi lontaran.

Konsep adalah mudah. Jika anda boleh meniru kembali cara balingan anda, maka setiap jatuhan pada arrow atau board yang dekat itu dan membawa strike, maka anda cuma perlu lontarkan kembali ke board atau arrow tersebut selepas ini. Tak perlu sasar atau pandang sejauh 60 kaki ke arah pin. Baling sahaja ke sasaran yang lebih dekat dengan anda. Contohnya: Jika bola jatuh ke arrow pertama atau board ke lima dan strike, maka anda cuma perlu jatuhkan bola ke arrow pertama atau board ke lima bagi balingan seterusnya. Jika lain-lain pergerakkan anda adalah konsistent, maka peluang adalah cerah untuk balingan itu menjadi strike sekali lagi.

 bowling-lane-diagram
Untuk target atau sasaran yang lebih dekat (bagi pemain bertubuh kecil terutamanya atau spinners), anda boleh juga gunakan dots yang ada di lane.  Ia terletak berhampiran dengan foul line dan tidak jauh dari arrows. Biasanya terdapat 5 atau 7 dots (tak standard). Ia selari dengan garisan arrows. Maknanya, dot pada board ke lima misalnya adalah selari dengan arrow pada board ke lima.
Terdapat juga dots di belakang foul line. Ada dua set yang digunakan oleh pemain boling bagi memastikan mereka berdiri di tempat yang sama atau mengingatkan mereka di mana mereka berdiri sebelum ini. Ia juga selari dengan dots yang digunakan sebagai sasaran tadi dan selari dengan arrows. Pergerakkan dari tempat asal akan menyebabkan bola boling tersasar dari lontaran yang sebelumnya. Disunting dari blog : http://dululainsekaranglain.com

No comments:

Post a Comment