“Good bowling involves repetition. The first-rate player can time after time to produce consistent shot making” – Mike Aulby
Mengimbas kembali kata-kata dari bekas pemain pro Professional Bowlers Association (PBA), Mike Aulby (PBA Player of The Year
1985 dan 1995) itu sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana
seseorang pemain boling boleh melakukan jatuhan pin yang tinggi dan
konsistent.
Kata kuncinya ialah “duplicate the same series of motions” yang maksudnya keupayaan mengulangi kembali cara balingan dengan sempurna
berkali-kali. Ini berasaskan pada prinsip – Jika kita boleh membuat satu
balingan yang baik dan menghasilkan “strike”, maka apa yang kita perlu buat adalah mengulang kembali yang kita buat dan secara rasionalnya balingan seterusnya akan menghasilkan “strike” juga. Logik kan?
Maksud “duplicate the same series of motions” ini bukan hanya
pada ketepatan bola singgah di pin atau kelajuan bola yang dihasilkan.
Ia meliputi semua aspek antaranya di mana bola dijatuhkan, di mana kita
berdiri, berapa banyak “hook” yang dihasilkan, tahap emosi, mental dan fizikal semasa, kesediaan dan keyakinan yang tinggi dan lain-lainnya. Kita perlu menjadi mesin fotokopi yang baik
dan mengulang kembali aksi sebelumnya bagi mendapatkan hasil yang
terbaik. Susah ke? Cuba lihat video di atas. Perhatikan bagaimana jaguh
boling handalan dunia dari UK, Paul Moor yang merupakan World Bowling Writer’s Bowler Of The Year 2005 melakukan strike demi strike. Setiap balingan umpama ulang tayang balingan yang sama menyamai balingan sebelumnya. Hebat kan! (http://dululainsekaranglain.com/)
No comments:
Post a Comment