Latihan boling pada petang ini berjalan seperti biasa. Murid-murid telah berkumpul di hadapan sekolah pada jam 2.30 petang dan bertolak ke Mega Bowling Centre 30 minit kemudian.
Pada kali ini hanya 25 orang sahaja yang menyertai latihan. Ini disebabkan oleh pertindihan jadual latihan bagi rumah-rumah sukan sempena Kejohanan Olahraga Tahunan SKBI yang akan berlangsung pada 23 Mei 2015 nanti. Justeru, hanya peserta dari rumah sukan biru dan hijau sahaja yang dibenarkan untuk bermain boling.
No comments:
Post a Comment