Ramai di kalangan pemain mengadu bola mereka kehilangan reaksi atau tidak boleh
memaksimakan luncuran terbaik ketika bermain selepas hanya 15 atau 20 kali permainan. Kesudahannya pemain akan keluar mendapatkan bola baharu hanya untuk menyelesaikan situasi
yang sama berulang tanpa menangani masalah yang sebenar iaitu cara penyelenggaraan.
Seorang pemain tegar James
Goulding III, telah memberikan beberapa petua atau tips tentang penjagaan bola
agar tahan lebih lama. Beliau yang telah berada dalam industri boling sebagai seorang
“bowler” yang kompetitif serta jurulatih malah memiliki 15 tahun pengalaman mengendalikan
sebuah kedai peralatan boling
berpendapat bahawa tiada alasan baginya untuk membuang setiap bola yang
dimiliki kecuali hanya disebabkan ia pecah. Itupun disebabkan oleh beberapa faktor
seperti keadaan suhu yang terlampau sejuk dan sebagainya. Beliau
sentiasa menjaga peralatan boling sehingga mampu menjangkau lebih 5 tahun.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh dilakukan di rumah untuk menyelenggarakan bola
boling.
Tips 1
Bersihkan bola dengan serta merta selepas setiap sesi permainan. Ia adalah langkah yang paling efektif untuk memanjangkan hayat koleksi boling anda. Jika anda tidak mempunyai wang untuk produk yang boleh didapati secara komersial seperti “Ebonite” atau kits pembersih bola “Track”, anda boleh mengunakan teknik ini iaitu dapatkan satu botol dan isi sehingga separuh dengan Isopropyl Alkohol (saya menggunakan 91%, tetapi 70% juga sudah memadai). Isi separuh lagi dengan pencuci Simple Green (sangat murah, yang boleh didapati dalam saiz yang besar di mana-mana). Campurkan dua bahan ini bersama-sama dan gunakannya untuk mencuci bola di antara sesi boling. Ia adalah alternatif yang lebih murah untuk jenama produk pembersihan. (*Jika anda sedang berada di lorong, atau semasa kejohanan atau pertandingan liga dan mahu membersihkan peralatan anda, saya sarankan untuk menggunakan USBC iaitu satu produk yang diluluskan dan boleh didapati secara komersial).

Lebih cepat anda membersihkannya, lebih tahan lama jangka hayat set boling anda. Secara tidak langsung, ia peluang yang lebih baik
untuk anda menyingkirkan minyak daripada rongga halus bola sebelum ia menyerap
masuk lebih dalam. Ini akan meningkatkan usia bola anda.
Tips 2
Pembersihan dengan mengunakan air panas. Untuk itu, isikan baldi anda atau tab mandi dengan air panas pada anggaran 140 darjah (F). Tambahkan sedikit sabun pencuci (yang disyorkan) seperti yang anda lakukan untuk mencuci peralatan memasak yang dipenuhi minyak yang kotor. Letakkan bola boling ke dalam air. Bola mungkin terapung dan anda perlu memusing-musingkannya perlahan-lahan. Lakukan berulang-ulang kali sehingga dalam jangka masa selama 15-30 minit. Keluarkan bola dari air dan keringkan dengan tuala microfiber. Ulangi teknik tersebut jika diperlukan sehingga tidak ada lagi garisan berminyak pada permukaan bola. Apabila bersih, gunakan tisu gulung untuk menghilangkan kelembapan dari dalam lubang-lubang jari. Kemudian letakkan bola dalam keadaan lubang-lubang jari ke bawah di atas tuala yang kering selama beberapa jam (24-48 jam). Selepas kering bola anda telah sedia untuk digunakan.
Tips 3
Pembersihan dengan mengunakan ketuhar. Ia suatu yang rumit dan memerlukan tindakan atau misi yang sangat berhati-hati daripada anda. Kaedah ini amat tidak disarankan kerana anda harus mempunyai kepakaran tinggi yang telah disahkan. Pada kebiasaannya teknik ini HANYA dilakukan oleh sebuah "kedai pro" dalam ketuhar terkawal yang dicipta khusus untuk mengekstrak minyak dari bola boling. Ramai yang mencuba kaedah ini di rumah dan keputusannya amat mengecewakan. Bila-bila masa anda boleh mengakibatkan bola berada di atas tahap 140 darjah (F). Anda akan mula menghapuskan dan mengeraskan bahan plastik (plasticizers) yang terdapat pada bola dan ini akan membuatkan bola menjadi rapuh. Apabila ia terjadi, tiada apa yang mampu dilakukan kecuali anda terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada bola kesayangan anda itu.
Ini adalah sebahagian tips
umum untuk penyelenggaraan bola boling. Diharap ianya dapat membantu. Penjagaan dan penyelenggaraan yang tepat, sesebuah bola
boling boleh bertahan hingga 500 kali permainan atau lebih dan tidak ada masalah sama
sekali !
PENAFIAN KONTRAK : Tips-tips ini adalah sebahagian daripada teknik yang dicadangkan dalam jadual penyelenggaraan bola boling. Sebarang kerosakan atau kemudaratan yang mungkin berlaku sama ada pada bola boling atau pemunya bola itu sendiri adalah di luar tanggungjawab admin/penulis. Oleh itu, para pembaca haruslah mendapatkan dahulu nasihat daripada pakar-pakar yang mahir dalam bidang ini tanpa mengambil bulat-bulat fakta yang diutarakan di sini.
*Untuk info lanjut, sila lawati :
http://hubadub.com/how-to-clean-a-bowling-ball-at-home/
No comments:
Post a Comment