Thursday, August 27, 2015

LAWATAN KE KUALA LUMPUR

Kelab Boling akan menganjurkan pakej lawatan sambil belajar 3 hari 2 malam ke K. Lumpur pada 21 November 2015 hingga 23 November 2015 (Sabtu-Isnin). Tujuan diadakan lawatan ini adalah untuk membawa murid-murid khasnya ahli kelab boling SKBI untuk merehatkan minda di musim cuti sekolah sambil mempelajari perkara baharu serta merintis pengalaman melalui aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan.

Lawatan akan bermula pada hari pertama tiba di K. Lumpur sekitar jam 10.00 pagi di taman tema "Theme Park" Berjaya Times Square. Pada sebelah petang para peserta akan bersantai di sekitar Taman Suria KLCC sebelum malamnya diadakan Kejohanan Boling Tenpin SKBI K. Lumpur 2015. Pada hari kedua, peserta akan dibawa melawat Menara Berkembar Petronas dan Jejantas Udara. Pada sebelah petang rombongan akan bertolak ke i-City Shah Alam untuk ke Snowalk dan Trick Art Museum hingga ke malam. Pada hari terakhir semua peserta akan mengembara ke dasar laut di Aquaria KLCC dan bersiar-siar sekitar KL sebelum rombongan dijangka bertolak pulang ke Pulau Pinang pada jam 4 petang.

Antara tempat-tempat yang dilawati adalah :

1. Menara Berkembar Petronas (meninjau hingga ke tingkat 88)
2. Sky Bridge (Jejantas Udara KLCC)
3. Aquaria KLCC
4. Berjaya Times Square
5. Bowling Centre (SKBI KL Tenpin Bowling Tournament 2015)
6. Snowalk i-City Shah Alam
7. Trick Art Museum i-City Shah Alam
8. Tempat-tempat menarik sekitar KL (jika masa terluang)

*Sebarang pertukaran tempat lawatan lain (yang setara) akan diberitahu kemudian dan tertakluk kepada pindaan.
*Harga yang ditawarkan adalah RM250.00 (termasuk makan minum dan tiket masuk ke tempat lawatan).
*Kejohanan Boling adalah tidak termasuk dalam pakej. Pihak urusetia akan mencari sponsor untuk menjayakannya.












2 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan yang baik dengan penuh rasa kekeluargaan dengan harga tour yang sangat berpatutan di daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia seperti : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Riko Adryansyah
    Mobile : +6281365654104 ( WhatsApp )
    E-Mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, pergi berjaya times square tu kan yg perlu dibayar tiket masuk jekan? nak main games dalam tu perlu jugak atau tak? TQ

    ReplyDelete