Sunday, May 1, 2016

HOOK 3 - Bagaimana Adjust Games

***SISTEM 534

Satu lagi sistem yang anda boleh gunakan untuk menukar line strike anda sekiranya line yang sedia ada kurang berkesan. Anda boleh ubahkan target 3 board ke kanan dan tukarkan posisi tempat anda berdiri 5 board ke kanan dan angle anda baling bola itu adalah 4 board ke kanan.

ii. ROTATION

Lebihkan axis rotation (kedudukan ibu jari anda lebih tinggi - dari jam 10 ke jam 11) anda mewujudkan lebih geseran untuk bola pergi lebih jauh dan hook yang lebih kuat. Dalam situasi lane yang banyak minyak (heavy oil) anda kena turunkan kedudukan ibu jari anda (ibu jari ke jam 10 atau 9) untuk mengurangkan rotation bola.

iii. SPEED 

Untuk lane yang kering, dengan meningkatkan kelajuan bola anda dapat membuatkan bola anda pergi lebih ke belakang lane sebelum bola itu hook. Perhatikan pemandu kereta lumba yang memperlahankan kereta mereka dalam hujan kerana dalam hujan agak kurang grip dan kurang geseran antara tayar dan permukaan jalan. Bola anda memerlukan geseran untuk hook. Oleh itu, jika di lane yang mempunyai banyak minyak (heavy oil) bola yang lebih perlahan akan membantu geseran yang lebih awal dan akan mewujudkan hook yang lebih awal yang anda perlukan.

iv. EQUIPMENT 

Untuk mengubah rotation dan speed memerlukan kemahiran dan latihan. Serupa juga dengan permainan golf adalah lebih mudah untuk menukar alat permainan anda. Untuk lane yang banyak minyak anda memerlukan lebih geseran. Oleh itu, pilihlah bola yang mempunyai permukaan yang pudar (dull surface) dan bila lane semakin kering, gunakan bola yang mempunyai permukaan yang berkilat.

Sekarang lebih mudah oleh kerana pengeluar bola biasa nya akan memberi statistic bola tersebut dan bola itu lebih sesuai untuk keadaan lane yang bagaimana.


Nota : Kesemua maklumat di atas adalah hasil perkongsian idea rakan-rakan internet di laman blog boling. Ia telah diadaptasi semula atau kekal dalam bentuk asal bagi sesetengahnya sesuai dengan aras para pembaca.

No comments:

Post a Comment