Walaupun permainan secara hook telah secara saintifiknya telah dibuktikan sebagai cara yang paling efektif untuk mendapatkan strike tapi ianya satu teknik yang senantiasa memerlukan perubahan dalam teknik kita. Bowler yang cepat membuat perubahan dan membuat perubahan yang tepat akan dapat memastikan permainan mereka sentiasa mantap dan dapat mengatasi pemain-pemain lain yang lambat atau tidak lansung membuat perubahan.
Pemain bowling yang baik akan menerima hakikat bahawa permainan bowling ialah KESEMUANYA adalah perubahan. Bila anda boleh menerima hakikat ini maka anda akan membuat perubahan yang sepatutnya dan anda akan lebih enjoy dalam permainan anda dan anda bukan sahaja sedar yang anda perlu membuat perubahan tapi dapat membuat perubahan lebih cepat dari lawan anda.
Jika anda cuma bermain dalam liga di tempat yang sama setiap minggu maka anda mungkin bermain dalam keadaan lane yang sama. Tak perlu buat banyak perubahan dan anda boleh menggunakan line yang sama dan bola yang sama. Bagaimanapun jika anda selalu bermain di tempat yang berbeza-beza dalam kejohanan boling maka anda ada dua pilihan iaitu cuba melawan lane dengan menggunakan cara biasa anda ataupun membuat perubahan supaya anda dapat membuat balingan yang optimum. Jika pilihan anda ialah membuat perubahan dalam game maka teruskan membaca artikel ini.
Minyak digunakan pada lane untuk melindungi lane tersebut tapi semasa permainan minyak tersebut akan berubah-ubah tempat dan akan berlaku perubahan pada lane tersebut. Jadi apa yang anda akan buat? Anda mungkin akan merungut-rungut tentang keadaan lane yang teruk tapi jika anda sedang bermain dalam liga atau satu-satu kejohanan yang ianya tidak akan membawa apa-apa faedah. Keadaan minyak sudah berubah dan lawan anda akan dapat melihat yang anda sudah merasa tertekan dan kekuatan mental anda makin berkurangan. Jika anda sedang bermain dalam sesuatu liga ataupun kejohanan maka lawan anda juga akan bermain dalam keadaan lane yang sama maka ianya adil pada semua. Jadi apa yang anda perlu buat? Jangan merungut, sebaliknya anda haruslah menggunakan pengetahuan anda untuk membuat perubahan.
Perubahan :
Anda boleh mengubah posisi semasa mula-mula berdiri ke kiri atau ke kanan sebanyak setengah board hingga 10 board, tukar target anda (arrow/dot), tukar kelajuan bola atau tukar bola anda. Banyaknya benda nak kena tukar. Bila nak berhenti buat semua perubahan ini ?
Terdapat 4 perubahan utama yang anda boleh gunakan dengan berkesan. Kita gunakan akronim ARSE untuk mewakili 4 perubahan tersebut iaitu :
i) Angle - Sudut
ii) Rotation - Kadar putaran bola
iii) Speed - kelajuan bola
iv) Equipment - Bola yang digunakan
Oleh itu, jika anda rasakan bola anda asyik tak masuk pocket dan susah nak dapat strike jika dibandingkan semasa anda mula-mula main, maka jangan cepat panik. Anda harus sedar bahawa keadaan lane sudah berubah (minyak telah kering dan sebagainya) dan anda perlu membuat perubahan yang sewajarnya. Sentiasa ingat ARSE anda dan anda ada 4 jenis perubahan yang anda boleh buat dengan serta merta untuk membuat balingan yang baik. 4 perubahan itu mampu membantu anda dalam apa jua keadaan lane.
i. ANGLE - Selalunya semasa permainan, bola akan menyerap minyak ataupun menolak minyak ke belakang lane (push it further down). Ini bermakna bahagian lane yang berdekatan dengan pin (laluan bola) akan kering dan akan membuat bola anda akan hook lebih cepat (ada lebih geseran antara lane dan bola). Cara yang paling mudah ialah mengubah posisi berdiri anda ke kiri (ke kanan untuk yang kidal) untuk mendapatkan lebih swing (bola akan keluar sedikit). Ini bermakna anda telah ubah angle (sudut) bola anda ke pocket pin .Ini akan mewujudkan line ke pocket yang baru untuk anda. Bagaimanapun kadang-kadang anda akan menggunakan line yang turut digunakan oleh lawan anda yang turut telah kering. Oleh itu, dalam keadaan begini anda kena bergerak ke kiri dengan mengubah posisi berdiri sebanyak 5-10 board.
Tetapi bagaimana pula jika anda sudah mengubah posisi anda ke kiri (ke kanan untuk kidal) sebanyak yang mungkin? Senang sahaja, ingat ARSE anda. Anda ada 3 lagi perubahan yang anda boleh gunakan... : )
No comments:
Post a Comment