Dalam permainan boling, terdapat banyak gaya ataupun stail yang dipamerkan oleh para pemain. Antaranya adalah stoking, spinning, tweening dan lain-lainnya.
Stroking
Stroking adalah gaya secara bola dilepaskan dengan lancar. Kebiasaannya penggaya ini akan mempastikan bahu mereka selari dengan garisan foul dan backswing mereka tidak terlalu tinggi. Mereka yang menggunakan gaya stroker lebih mementingkan ketepatan berbanding kuasa yang dilepaskan.
Cranking
Untuk menghasilkan revolusi dari jenis gaya cranker, pemain boling pada kebiasaanya akan banyak bergantung kepada pergerakan pada pergelangan tangan. Mereka akan menggunakan backswing yang tinggi dan menjarakkan bahu mereka untuk mendapatkan kelajuan bola yang diperlukan.
Tweening
Tweening adalah gaya yang berada di antara stroking dan cranking. Mengadunkan gaya dari stroking dan cranking boleh dilakukan. Power stroking adalah antara variasi tweening yang mana kelajuan dan revolusi bola boleh dihasilkan dari gaya cranking dan dengan gaya yang lancar seperti menggunakan gaya stroking.
Spinning
Gaya yang popular di Asia adalah spinning iaitu bola akan bergerak tegak tetapi berputar pada axis X. Matlamat spinning adalah supaya bola boleh bergerak tegak sehingga menyentuh pin satu (1). Putaran bola pada axis X akan menghasilkan pergerakan bola ke arah yang berlawanan dan menyebabkan pin berlaga sesama sendiri.
Shoveling
Teknik ini dilakukan pemain dengan cara ibu jari tidak dimasukkan ke dalam lubang. Ia menghasilkan revolusi yang amat tinggi dan selalunya mereka menggunakan kedua–dua belah tangan atau distabilkan menggunakan lengan apabila pemain boling tersebut menggunakan backswing dengan siku yang dibengkokkan.
No comments:
Post a Comment