Thursday, December 27, 2012

TAHNIAH.... Pengiktirafan SBT

TAHNIAH diucapkan kepada seluruh warga SK Bertam Indah di atas penganugerahan dan pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort 3 oleh YAB Timb. Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia di Putrajaya pada 27 Disember 2012 yang lalu. Semoga dengan pengiktirafan ini, SKBI akan terus cemerlang dan gemilang di masa akan datang.

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121228/dn_04/25-lagi-sekolah-diiktiraf-Sekolah-Berprestasi-Tinggi#ixzz2Gm5Tp7Gb

Sebanyak 25 sekolah seluruh negara termasuk SKBI secara rasmi telah bergelar SBT pada hari tersebut. Sekolah-sekolah itu adalah :

SK Tengku Ampuan Intan, Terengganu
SK Zainab 1, Kelantan
SK Bertam Indah, Pulau Pinang
SK Sultanah Asma, Kedah
SK Convent Infant Jesus 2, Melaka
SK Bandar Penawar 2, Johor
SK Sri Gaya, Sabah
SK (P) Methodist 2, Melaka
SK Bandar Maharani, Johor
Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Seri Indera, Perlis
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ave Maria Convent, Perak
SJKC Yok Bin, Melaka
SJKC Union, Pulau Pinang
SMS Sultan Mahmud, Terengganu
SMS Kepala Batas, Pulau Pinang
SMS Pokok Sena, Kedah
SMS Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang
SMS Hulu Selangor, SMS Labuan
Kolej Sains Pendidikan Islam Kuala Terengganu, Terengganu
SBPI Batu Rakit, Terengganu
SBPI Selandar, Melaka
SBPI Kuantan, Pahang
SMK Sultan Ismail, Johor
SMK Infant Jesus Convent, Johor

Tuesday, August 28, 2012

Latihan Boling : Edisi 9


PERAI Seramai 56 orang murid SK Bertam Indah telah menjalani latihan boling edisi ke-9 pada petang tadi. Mereka kesemuanya diiringi seramai 4 orang guru penasihat dan seorang jurulatih daripada SK Seb. Jaya II. Latihan pada hari ini dimulakan seawal jam 3.40 petang dan berakhir 2 jam berikutnya.
Sebelum pulang sekolah kesemua murid diberi peluang untuk menikmati makanan segera di restoran KFC dan McD yang ditaja oleh keluarga masing-masing... :)



Friday, June 8, 2012

Petua lagi...

 1. Jadikan arrow sebagai target anda ! bukannya pin

 Teknik BowlingBoards dan arrows ini digunakan sebagai sasaran atau target bagi menggantikan pin yang agak jauh 60 kaki dari foul line. Sesetengah pemain boling menggunakan arrow sebagai target, manakala yang lain pula menggunakan board. Gabungan kedua-duanya juga boleh dipakai bagi memantapkan lagi lontaran.



2. Pilih bola dan kasut yang sesuai
 bowling stance
Pastikan anda memilih bola yang sesuai dengan anda. Tidak terlalu berat atau ringan dan mempunyai grip yang selesa. Gunakan juga kasut boling yang sesuai serta tidak licin atau kesat.

 3. Kawal minda dan jangan tension

Image Detail
Tenangkan fikiran sebelum membuat balingan dan cuba bayangkan apa yang anda akan lakukan sebelum balingan mahu dibuat. Berikan tumpuan dan pastikan semua yang anda bayangkan dilaksanakan dengan baik.

4. Lakukan gerakan / balingan dengan betul

bowling approach4 steps approach



Tuesday, May 29, 2012

Jom Belajar !

Dengan pengetahuan yang baik tentang bowling dan latihan mencukupi, semua orang boleh bermain dengan konsistent dan menghasilkan jatuhan pin melebihi 200 pada setiap game.
 bowling-lane-diagram 2
Perkara pertama yang harus diingat oleh pemain bowling adalah jarak antara pin dengan garisan yang dibenarkan (foul line) adalah sejauh 60 kaki (Lihat Diagram di atas). Itu jarak yang amat jauh. Oleh itu, apabila membaling bola boling sebaiknya janganlah pin-pin yang jaraknya 60 kaki itu anda gunakan sebagai sasaran atau target anda. Untuk lebih konsistent cuba cari target yang lebih dekat untuk anda. Lihat sekeliling lane dan gunakan panduan yang ada sebagai guideline anda.


 tenpin bowling lane
Sekarang lihat pula dengan teliti lane bowling (rujuk gambar di atas). Perhatikan arrow (anak panah) dan papan-papan kecil yang diatur (board) pada lane tersebut. Terdapat 39 boards pada setiap lane bowling. Pemain boling tangan kanan akan mengira board dari kanan ke kiri, manakala pemain kidal akan mengira dari kiri ke kanan. Arrow di susun selang 5 boards. Arrow pertama dari kanan adalah pada board ke lima.

board and arrows 
Boards dan arrows ini digunakan sebagai sasaran atau target bagi menggantikan pin yang agak jauh 60 kaki dari foul line. Sesetengah pemain boling menggunakan arrow sebagai target, manakala yang lain pula menggunakan board. Gabungan kedua-duanya juga boleh dipakai bagi memantapkan lagi lontaran.

Konsep adalah mudah. Jika anda boleh meniru kembali cara balingan anda, maka setiap jatuhan pada arrow atau board yang dekat itu dan membawa strike, maka anda cuma perlu lontarkan kembali ke board atau arrow tersebut selepas ini. Tak perlu sasar atau pandang sejauh 60 kaki ke arah pin. Baling sahaja ke sasaran yang lebih dekat dengan anda. Contohnya: Jika bola jatuh ke arrow pertama atau board ke lima dan strike, maka anda cuma perlu jatuhkan bola ke arrow pertama atau board ke lima bagi balingan seterusnya. Jika lain-lain pergerakkan anda adalah konsistent, maka peluang adalah cerah untuk balingan itu menjadi strike sekali lagi.

 bowling-lane-diagram
Untuk target atau sasaran yang lebih dekat (bagi pemain bertubuh kecil terutamanya atau spinners), anda boleh juga gunakan dots yang ada di lane.  Ia terletak berhampiran dengan foul line dan tidak jauh dari arrows. Biasanya terdapat 5 atau 7 dots (tak standard). Ia selari dengan garisan arrows. Maknanya, dot pada board ke lima misalnya adalah selari dengan arrow pada board ke lima.
Terdapat juga dots di belakang foul line. Ada dua set yang digunakan oleh pemain boling bagi memastikan mereka berdiri di tempat yang sama atau mengingatkan mereka di mana mereka berdiri sebelum ini. Ia juga selari dengan dots yang digunakan sebagai sasaran tadi dan selari dengan arrows. Pergerakkan dari tempat asal akan menyebabkan bola boling tersasar dari lontaran yang sebelumnya. Disunting dari blog : http://dululainsekaranglain.com

Tuesday, May 22, 2012

Petua Untuk Pemain Baru...


Image Detail



1. Pilih kasut mengikut saiz kaki, jangan terlalu longgar (biar ketat sikit pun tak apa, jangan ketat banyak sudah la)

2. Pilih bola boling mengikut kemampuan. Jika ada sendiri punya lagi bagus, sebab ikut kesesuaian kita sendiri. Jika tidak, guna sahaja houseball. Jangan guna yang terlampau ringan, atau yang terlampau berat. Untuk beginners, guna la 8 atau 9 ;)
3. Sewaktu membuat balingan, jangan la lari, ini bukannya 4x200 meter, cuma berikan 3 atau 4 langkah ke depan sambil menghayunkan bola ke belakang untuk memberikan force ke atas bola.

4. Jangan baling terlampau tinggi, tetapi leret atau tolakkan bola di atas lane.

5. Tentukan kedudukan balingan anda, mungkin di kiri, tengah atau kanan. Jangan sekejap di kiri, tiba-tiba tengah pula, tak konsisten.

6. Tentukan cara balingan anda yang boleh memberikan score yang banyak samada straight, back up, hook ataupun spinner.

7. Ikut giliran; jangan terlalu gelabah atau gabra atau ter-over excited.

8. Bagi peserta individu, jangan asyik nak comparekan score sendiri dengan pihak lawan. Itu yang boleh  melemahkan semangat bermain dalam diri anda. Yakin diri anda boleh :)
(http://cikrosenatasha.blogspot.com/)

Selamat mencuba !! 

Saturday, May 19, 2012

Rahsia STRIKE !

Good bowling involves repetition. The first-rate player can duplicate the same series of motions time after time to produce consistent shot making” – Mike Aulby

Mengimbas kembali kata-kata dari bekas pemain pro Professional Bowlers Association (PBA), Mike Aulby (PBA Player of The Year 1985 dan 1995) itu sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana seseorang pemain boling boleh melakukan jatuhan pin yang tinggi dan konsistent.

Kata kuncinya ialah “duplicate the same series of motions” yang maksudnya keupayaan mengulangi kembali cara balingan dengan sempurna berkali-kali. Ini berasaskan pada prinsip – Jika kita boleh membuat satu balingan yang baik dan menghasilkan “strike”, maka apa yang kita perlu buat adalah mengulang kembali yang kita buat dan secara rasionalnya balingan seterusnya akan menghasilkan “strike” juga. Logik kan?



Maksud “duplicate the same series of motions” ini bukan hanya pada ketepatan bola singgah di pin atau kelajuan bola yang dihasilkan. Ia meliputi semua aspek antaranya di mana bola dijatuhkan, di mana kita berdiri, berapa banyak “hook” yang dihasilkan, tahap emosi, mental dan fizikal semasa, kesediaan dan keyakinan yang tinggi dan lain-lainnya. Kita perlu menjadi mesin fotokopi yang baik dan mengulang kembali aksi sebelumnya bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Susah ke? Cuba lihat video di atas. Perhatikan bagaimana jaguh boling handalan dunia dari UK, Paul Moor yang merupakan World Bowling Writer’s Bowler Of The Year 2005 melakukan strike demi strike. Setiap balingan umpama ulang tayang balingan yang sama menyamai balingan sebelumnya. Hebat kan! (http://dululainsekaranglain.com/)
 

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru


http://img707.imageshack.us/img707/8535/selamathariguru.jpg





" Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara "
SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA GURU DI MALAYSIA !!!

Tuesday, May 8, 2012

Latihan Boling : Edisi 7

1 Adam Rozman 5D 73 81 154
2 Alya Faiqa 5B 75 75 150
3 Haziq Aiman 5D 77 73 150
4 M. Syahir 5M 64 76 140
5 M. Raziman 6M 69 69 138
6 M. Aiman AW 5Z 68 49 117
7 Nur Syazwani Afifah 47 69 116
8 Faris 4M 58 56 114
9 M. Iqbal Amin 5B 59 51 110
10 Hakeem 4N 36 71 107
11 Ammar Aiman 5B 33 69 102
12 Hanis Syahirah 45 56 101
13 Haziq 4M 54 35 89
14 M. Syauqi 5Z 56 32 88
15 Aimie 4M 55 32 87
16 M. Zulhuzaimi 4D 40 45 85
17 Aliff Muhaimin 5D 49 36 85
18 Ali Iskandar 5B 35 46 81
19 Nur Husnina 5B 39 41 80
20 Nur Hana 5M 54 26 80
21 Nadesh 5M 31 48 79
22 Nur Izzara 5D 37 41 78
23 M. Athiff Danial 5D 41 34 75
24 M. Farhan 4D 25 47 72
25 Nur Hanna Sofea 31 41 72
26 Adib 4M 38 33 71
27 Nurul Sazilah 4B 34 34 68
28 Nur Izzati 5D 19 43 62
29 Alya Fatinie 23 38 61
30 Nuralia Sara 28 29 57

Tuesday, April 24, 2012

LATIHAN BOLING : EDISI 6


Image Detail
Seramai 28 orang murid SKBI menghadiri latihan edisi ke-6 pada kali ini. Memandangkan minggu ini merupakan minggu latihan rumah sukan, kebanyakkan ahli tidak dapat hadir kerana menyertai latihan tersebut. Walaubagaimanapun latihan ke-6 ini tetap meriah walaupun kehadiran tak seramai seperti selalu...
 Image Detail

Friday, April 20, 2012

MSSM 2012

Selama 7 hari bermula Isnin 16 April hingga Ahad ini, Kejohanan Boling Tenpin MSSM 2012 telah berlangsung dengan gahnya di arena boling Premium Lanes, Sunshine Bayan Baru. Sekali lagi, johan keseluruhan iaitu Selangor sejak 2010 ke bawah untuk 6 tahun berturut-turut bakal merampas kembali tahtanya daripada Sarawak yang dinobatkan pada tahun 2011. Apapun, tahniah untuk skuad P. Pinang apabila berjaya menjadi johan lelaki keseluruhan untuk kategori 15 tahun ke bawah dan 17 tahun ke bawah.
Pulau Pinang memang BOLEH !!! Syabas.









Suasana ketika kejohanan
 

 
Antara "lane marshall" yang sempat bergambar kenangan dengan atlit boling P. Pinang bawah 12 tahun.

Thursday, April 12, 2012

Salam Takziah...


Semua guru dan ahli Kelab Boling SKBI ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga adik Mohamad Faris Bin Mohd Fauzi yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, Khamis bersamaan 12 April 2012. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan mendapat rahmat serta kasih sayang Allah di hari akhirat nanti.

AL-FATIHAH

* Mohamad Faris seorang murid yang sangat rajin dan berbudi bahasa semasa di SKBI. Beliau juga seorang ahli Kelab Boling bagi tahun 2009-2011 dan sangat aktif. Beliau merupakan murid tingkatan 1 SMKA Nibong Tebal.

Tuesday, March 27, 2012

Latihan Boling : Edisi 5



1 Nur Hannani AW 6Z 84 109 193
2 Anith Sufiah 5M 82 102 184
3 Aliff Danial 6M 68 101 169
4 M. Danial 5N 75 88 163
5 Aiman Amyrul 6D 95 68 163
5 Nur Aufa Akmal 6B 98 65 163
7 M. Danial Hafizi 5M 70 71 141
8 Nur Rabiatul A 4D 78 57 135
9 Faziera Izzaty 6M 59 71 130
10 M. Aiman Haikal 5M 42 82 124
10 Ali  6D 35 89 124
12 Ainul Sofia 6Z 73 51 124
13 Nurul Izzah 5B 65 58 123
14 M. Kamal Fitri 6Z 59 61 120
15 M. Aiman Kamil 6Z 84 35 119
15 M. Faris Hakimi 4B 65 54 119
17 Amir Imran 6D 51 65 116
18 Siti Aminah 5M 64 51 115
19 Amirul Aiman Hafiz 6Z 68 41 109
19 M. Khalis Wafiq 5D 58 51 109
19 M. Aiman Amyrul 6D 50 59 109
22 Nur Izzati 5D 41 68 109
23 Nur Fitri Aina 6Z 48 54 102
24 Zahirul Arif 6D 41 59 100
25 M. Haziq Aiman 5D 68 30 98
25 M. Faiz Syahmi 4B 54 44 98
27 M. Farhan 4D 38 59 97
27 M. Raziman 6M 56 41 97
29 Izzul Aiman 6D 47 49 96
30 M. Ikhwan Alif 5D 39 47 86
31 Ali Iskandar 5B 49 35 84
32 Norathirah 6N 30 46 76
32 Nur Hana 5M 37 39 76
34 M. Syakir 5M 50 21 71
35 Nor Siti Izyani 5M 22 29 51

Tuesday, March 6, 2012

Latihan Boling : Edisi 4


Bertempat di Megalanes Bowling Centre, Prai, seramai 44 murid SKBI telah menyertai latihan boling edisi ke-4. Tepat jam 4.oo petang, permainan dimulakan dan semua murid rata-rata dapat bermain sebanyak 2 games.

Thursday, March 1, 2012

Masih Impian, Bukan Kenyataan... Apapun TAHNIAH !!!


Satu-satunya pemain boling SKBI perempuan yang layak ke acara MASTER, Nur Fatini Atiera hanya dapat menahan sebak apabila kecundang dalam acara itu hari ini. Dengan catatan purata 101.16 mata untuk 6 games (607) beliau berada di tempat ke-7 daripada 8 peserta yang bertanding. Dengan rasminya, impian untuk melihat peserta SKBI beraksi bersama 4 pemain terbaik P. Pinang di peringkat kebangsaan hancur berkecai. Sekalung ucapan tahniah dirakamkan kepada beliau walaupun dalam keadaan serba kekurangan, Fatini masih mampu menunjukkan prestasi yang agak baik.

Terlalu banyak kekurangan yang ada jika dibandingkan dengan pemain-pemain lain. Peserta lain antaranya dilihat memiliki keistimewaan seperti mempunyai bola sendiri, sokongan moral ibubapa dan guru yang hadir pada hari perlawanan, latihan intensif sepanjang minggu sebelum acara dijalankan, semangat juang yang tinggi dan mesra dengan tempat permainan atau dalam erti kata lain telahpun menjalani latihan di tempat yang sama.


Sempat bergambar bersama COACH USA Mr. Dale Niemela

Apapun, kelab boling harus melakukan refleksi di atas apa yang berlaku kerana peluang pada tahun ini dilihat agak cerah berbanding 2010. Sesuatu perlu difikirkan bagi memperbaiki corak latihan pada masa hadapan. Keterlibatan dan kepedulian ibubapa juga perlu diambil kira dalam menentukan ahli yang berkelayakan. Ia penting untuk memastikan impian kita ke peringkat kebangsaan melalui acara MASTER bukanlah impian yang suka-suka tetapi impian yang "alang-alang bermimpi biarlah menjadi kenyataan".

Wednesday, February 29, 2012

Penentuan Di Tangan Fatini


Sejarah tercipta lagi buat Kelab Boling SKBI apabila salah seorang pemainnya Nur Fatini Atiera akan bermain dalam acara MASTER yang dijadual berlangsung esok di Sunshine, Bayan Baru. Tepat jam 9.00 pagi Khamis bersamaan 1 Mac 2012, Fatini bakal berentap bersama 7 pemain boling terbaik MSSPP P. Pinang. 6 games menjadi taruhan buat mereka bagi membentuk skuad negeri mara ke peringkat kebangsaan.

Nur Fatini Atiera yang juga Pengerusi Kelab Boling diharap dapat bermain dengan baik kerana kesemua pemain-pemain yang bersama beliau adalah lawan yang tidak harus dipandang ringan. Walaupun menduduki tempat ke-5 daripada 8 terbaik, mata yang dikumpulnya dalam All Event akan dipintas pada bila-bila masa. Ini kerana apa-apa sahaja boleh berlaku dalam acara MASTER sekiranya kita leka atau melakukan sebarang kesilapan.

Bagi pihak pengurusan tiada apa yang boleh diberikan melainkan doa dan harapan agar beliau dapat bermain dengan cemerlang. Semoga kisah 2010 tidak berulang kembali di mana seorang pemain SKBI hanya kekurangan 5 mata dalam acara MASTER untuk menempatkan diri antara 4 yang terbaik. Apapun, harapan untuk melihat Fatini beraksi di peringkat kebangsaan kini terletak di tangan beliau sendiri.

Sama-samalah kita berdoa... Amin

Tuesday, February 28, 2012

LATIHAN BOLING : EDISI 3

Seramai 44 murid termasuk 26 orang bukan ahli telah menyertai latihan boling edisi ke-3 pada petang tadi. Latihan yang bermula agak lewat kira-kira jam 4.20 petang itu tamat dua jam berikutnya. Pada hari ini peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan ahli kelab dan bukan ahli.

Dalam pada itu, Nur Fatini Atiera yang turut hadir pada kali ini diberi keistimewaan untuk bermain seorang diri dalam satu lane. Beliau yang dibimbing jurulatih boling SKBI, En Aswad Ahmad dilihat agak bersemangat sepanjang permainan. Pada game yang terakhir beliau berjaya mencatat markah agak memberangsangkan iaitu 146 mata. Nur Fatini Atiera merupakan antara 8 pemain terbaik P. Pinang yang akan berentap dalam acara MASTER pada Khamis ini untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

Monday, February 27, 2012

Penyampaian Hadiah MSSPP

Guru Besar SKBI, Pn. Hjh. Halimatun Sa'adiah bt. Said hari ini telah menyampaikan hadiah dan sijil kepada para pemain boling seramai 10 orang. Bertempat di dataran perhimpunan, Nur Fatini Atiera mendahului senarai penerima pingat dan sijil Kejohanan Boling Tenpin MSSPP 2012. Nur Fatini mendapat tiga pingat yang kesemuanya gangsa menang dalam acara individu, bergu dan berpasukan. Menyusuli beliau 2 pemegang pingat yang juga gangsa iaitu Faziera Izzati yang menyerlah dalam acara bergu dan berkongsi tempat dalam acara berpasukan bersama Nurhannani dan Ros Ainin Sofia.

Dalam pada itu, Nur Aufa Akmal hanya mendapat sijil penyertaan bersama 5 lagi pemain lelaki iaitu Muhd. Rasyiqi, Muhd. Syafiq, Muhd. Danial, Aliff Danial dan Ahmad Izzat.


Kesemua pemain boling SKBI bergambar kenangan bersama guru-guru penasihat

Tuesday, February 21, 2012

Kursus Kemahiran Asas Boling (Siri 1)

Seramai 36 ahli Kelab Boling telah menyertai Kursus Kemahiran Asas Boling Tahap 1 Siri Pertama pada petang tadi. Kursus yang dianjurkan dengan kerjasama PK Kokurikulum SKBI telah diadakan selama hampir 2 jam bertempat di Makmal Komputer 1. Hadir sama kesemua guru penasihat termasuk Juru Teknik SKBI, Cik Nurhayati Mat Isa.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli tentang kemahiran asas bermain boling secara teori. Dalam pada itu, peserta juga didedahkan dengan pelbagai fakta menarik seperti sejarah, asal usul permainan, istilah-istilah yang berkaitan dengan permainan, cara pengiraan mata dan sebagainya.


Para peserta tekun mendengar ceramah


Untuk Siri 1 ini, Pn. Nurzaini dan En. Rasyiddin bertindak sebagai fasilitator dalam membicarakan tentang sejarah dan cara pengiraan mata. Manakala pada Siri Ke-2 nanti, Pn. Zuraini dan En. Aswad akan menerangkan pula tentang teknik balingan dan cara mengambil pin spare.

Pada akhir Siri 1 tadi juga para peserta diberi peluang untuk menjawab 5 soalan dalam borang penilaian kursus mengenai pengiraan mata terkumpul. Semua peserta yang hadir pada Siri 1 dan Siri 2 akan diberikan sijil.

Friday, February 17, 2012

MSSPP Hari 3

Gandingan 4 pemain lelaki dalam acara berpasukan masih tidak mampu mengubah nasib pasukan SKBI untuk memungut mata tertinggi dalam permainan yang telahpun berakhir hari ini. Dengan catatan hanya 550 mata dalam 6 permainan mereka hanya mara di kedudukan ke-6 daripada 14 pasukan yang bertanding. Walaupun pihak pengurusan telah membuat pertukaran pemain dengan menurunkan peserta simpanan percaturan tersebut masih tidak mampu merobek tembok kebal yang seakan di pasak gagah di podium pemenang.

Walaupun begitu, sekalung ucapan TAHNIAH wajar dirakamkan buat pasukan boling perempuan apabila mereka sangat menyerlah dalam acara berpasukan sekaligus membawa pulang pingat. Dengan menyenaraikan pemain simpanan Nurhannani yang menggantikan Nur Aufa Akmal, permainan yang berlangsung hanya 2 jam setengah telah menghasilkan keputusan yang boleh dibanggakan. Mendahului senarai penerima pingat, Nur Fatini Atiera berjaya merekodkan jatuhan pin sebanyak 617 mata bersama tiga yang lain iaitu Fazira, Nurhannani dan Ros Ainin. Natijahnya mereka berada di kedudukan ketiga daripada 15 pasukan dalam senarai pemenang.

Apapun ucapan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pemain lelaki terutama Aliff Danial yang walaupun sakit masih mampu menyaingi lawan bersama rakan-rakan yang lain Muhd. Rasyiqi, Muhd. Danial, Muhd. Syafiq dan pemain simpanan Ahmad Izzat. Tahniah juga kepada semua guru, PK dan waris yang turut sama hadir dalam kejohanan pada tahun ini.


Skuad boling perempuan SKBI menerima pingat pemenang

Jumpa lagi pada 1 Mac 2012 bersama Nur Fatini Atiera dalam acara Master di Sunshine Penang. Diharapkan NFA dapat memberikan persembahan cemerlang dalam acara itu nanti sekaligus bergabung bersama 4 pemain terbaik negeri bagi mencipta nama di peringkat kebangsaan, Insya Allah.

Thursday, February 16, 2012

NOTIS : Pertukaran Pemain MSSPP




Berikut
adalah senarai baru pemain boling SKBI untuk acara berpasukan pada hari Jumaat bersamaan 17 Februari 2012. Tulisan berwarna merah adalah pemain simpanan.

Berpasukan Lelaki :

1. Ahmad Izzat - 6M
2. Muhd. Rasyiqi - 6Z
3. Muhd. Syafiq - 6Z
4. Muhd. Danial - 5N

Berpasukan Perempuan :

1. Nur Fatini Atiera - 6N
2. Nur Hannani - 6Z
3. Faziera Izzaty - 6M
4. Ros Ainin Sofiya - 6M