Dalam pada itu, Nur Alya Izzati juga mendapat pingat ke-4 dalam All Event. Dengan jatuhan pin keseluruhan sebanyak 1029 mata, Nur Alya Izzati layak bermain untuk acara masters yang dijadualkan berlangsung pada esok hari. Dalam acara tersebut hanya 8 peserta terbaik keseluruhan akan berentap untuk layak terpilih sebagai 4 pemain terbaik yang akan mewakili Pulau Pinang ke Kejohanan Boling Tenpin MSSM Peringkat Kebangsaan 2014.
Untuk rekod, ini adalah kali ke-3 peserta SKBI layak ke acara Masters sejak 2010. Pada tahun tersebut Nur Najwa Shifaa' bt. Mahamud (6M) mendapat tempat ke-3 namun selepas acara berakhir, dia hanya mendapat tempat ke-5 dan terpaksa melupakan impian untuk menyertai skuad kebangsaan MSSPP P. Pinang. Begitu juga dengan Nur Fatinie Atiera bt Marzizi (6N) pada tahun 2012 (6N). Kedua-dua mereka terkandas dalam acara Masters.
No comments:
Post a Comment