Thursday, December 1, 2016

PERMAINAN BOLING : Beberapa Peringatan Tentang Bagaimana Permainan Perlu Dimainkan

Sukan Boling adalah permainan "in-door" yang agak mudah yang menjadi penyumbang utama kepada mengapa begitu ramai yang menjadikannya sebagai salah satu sukan rekreasi yang paling digemari hari ini. Peraturannya juga adalah mudah. Secara ringkas di sini disenaraikan beberapa peraturan yang harus dihormati oleh setiap pemain boling.

1. Pakaian
Tidak ada tatacara pemakaian sebenar apabila kita bermain boling kecuali kasut kerana permukaan lorong perlu dilindungi untuk permainan yang konsisten. Terdapat kasut khas yang dibuat untuk boling dan boleh disewa di pusat-pusat boling atau dibeli sendiri di kedai-kedai barangan sukan berkenaan.

2. Bola
Bola boling hendaklah jenis yang tidak lebih daripada 27 inci dalam lilitan dan berat antara 10 dan 16 paun. Kebanyakan bola mempunyai tiga lubang jari untuk cengkaman yang lebih baik, tetapi terdapat juga bola khasnya di luar negara yang mempunyai hanya dua lubang.

3. Kaedah Bermain
Seseorang bowler perlu melengkapkan satu siri 10 bingkai untuk menyelesaikan satu permainan atau "string". Matlamatnya adalah untuk dapat menjatuhkan bilangan terbesar pin dalam bilangan lontaran yang paling terhad. Permainan sempurna (perfect game) boleh dicapai seseorang apabila dia berjaya memungut 300 mata iaitu bowler itu dapat mencapai 12 strike berturut-turut dalam setiap frame permainan.

4. Sekatan
Apabila membuat balingan, bowler tidak perlu melangkahi garis foul (foul line). Garis itu terletak 60 kaki daripada kepala pin. Terdapat sensor yang akan berbunyi atau menyala jika pemain telah melakukannya. Foul berlaku apabila mana-mana bahagian tubuh pemain melewati garisan tersebut semasa bola meninggalkan tangan pemain. Mata tersebut tidak dikira dan papan skor akan memaparkan tanda "F" sekalipun pemain telah melakukan strike.

5. Etika
Jangan mengambil terlalu banyak masa ketika hendak membuat balingan. Mengambil sedikit masa untuk menumpukan perhatian adalah lebih praktikal daripada mengambil masa yang terlalu panjang. Bersedia untuk memasuki lorong apabila ia adalah giliran anda untuk mengelakkan "slow bowling" dalam permainan. Hanya seorang bowler boleh bermain pada satu masa dalam dua lorong bersebelahan. Sekiranya terdapat sebarang perdebatan, bowler yang berada di sebelah kanan perlu diutamakan untuk membuat balingan pertama. Namun, bowler di kiri juga boleh berbuat demikian kerana kebanyakan pemain selalunya akan tersasar ke sebelah kanan lorong apabila selesai membuat balingan. Ia boleh mengakibatkan pertembungan jika masing-masing membuat balingan yang serentak.

Penonton atau orang yang tidak bermain hendaklah duduk di belakang bowler yang sedang bermain. Ini adalah untuk mengelakkan gangguan. Membuat bising, sorakan, sokongan atau bunyi-bunyian yang tidak diperlukan pada bila-bila semasa bermain adalah dilarang juga. Konsentrasi pemain harus diutamakan kerana permainan boling adalah sukan yang tidak memerlukan jeritan yang kuat seperti bola sepak.

Tuesday, November 15, 2016

TIPS : Pilih Bola Sesuai (Samb. 4)

Grip dan Lubang Yang Sesuai

Buatkan lubang yang sesuai dengan tangan anda dan cara lontaran anda dengan mendapatkan bantuan Pro Shop. Pemain boling dengan tangan kiri atau tangan kanan mempunyai lubang yang berbeza. Begitu juga pemain-pemain hook, spin dan bola lurus. Pemain hook biasanya akan meminta bola di drill agak lebar dan menghasilkan 'finger tip release', manakala spinner dan staright bowlers akan menggunakan lubang yang lebih sempit.

Selamat mencuba. Semoga berjaya dengan sedikit perkongsian ini.

KREDIT : http://bradersports.blogspot.my

Tuesday, November 1, 2016

TIPS : Pilih Bola Sesuai (Samb. 3)

Potensi Hook Bola

'Potensi Hook Bola' seharusnya mendapat perhatian sewajarnya oleh para pemain "hook" khasnya. Dewasa ini, bola-bola telah direka dengan ciri-ciri potensi hook yang lebih menarik mengikut selera pemain dan anda boleh memilih cara hook yang mana anda sukai. "Baby hook" lebih mudah di kawal kerana ia hampir lurus, manakala hook yang lebar sepertimana yang sering digunakan oleh Zulmazran Zulkfili perlukan latihan dan kawalan yang sesuai serta bola dengan potensi hook yang tinggi.

Untuk itu, anda boleh lihat pada  flare potential rating dan RG rating (radius of gyration) pada bola boling tersebut. Untuk hook yang besar dan memakan banyak board, gunakan bola boling yang punyai 6" inch flare potential rating atau lebih tinggi lagi.

Thursday, October 27, 2016

TIPS : Pilih Bola Sesuai (Samb. 2)

Coverstock

Ia dirujuk sebagai bahan yang digunakan pada permukaan bola boling. Kebiasaanya, ada empat jenis yang digunakan iaitu:

  • Polyester - Ia juga dipanggil bola plastik yang biasa digunakan sebagai 'house ball' di pusat-pusat boling. Bola ini akan meluncur laju di atas lane dan selalunya digunakan oleh pemain-pemain yang membaling bola lurus (straight ball) dan juga 'spinner'. Harganya lebih murah berbanding dengan jenis bola-bola yang lain.

  • Urethane dan Reactive Resin - Bola ini sesuai untuk mereka yang bermain dengan teknik "hook". Pemain "hook" biasanya akan menggunakan beberapa 'board' ketika membuat balingan. Impaknya bola itu akan tiba ke pin boling secara melencong. Oleh itu, mereka memerlukan bola yang boleh mengenggam (grip) lane sebaik mungkin agar ia tidak terkeluar dari landasan.

  • Particle - Bola jenis ini mempunyai kesan yang sama dengan Urethane dan Reactive Resin akan tetapi ia lebih sesuai pada lane yang sangat berminyak kerana keupayaannya kekal konsistent memotong minyak di lane dan kekal dalam landasan.
Kebiasaannya. para pemain pro memiliki lebih dari sebiji bola dan akan memilih bola yang sesuai mengikut lane pertandingan. 

Monday, October 17, 2016

TIPS : Pilih Bola Sesuai (Samb. 1)

Harga Bola

Dapatkan bola yang sesuai dengan bajet dan kemampuan poket anda. Bukanlah murah dan senang untuk kita dapatkan sebiji bola boling tambahan bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan sukan ini.

Oleh itu, dapatkan bajet yang paling ideal dan semakisma yang boleh agar anda tidak perlu lagi 'upgrade' di masa akan datang. Bola yang terbaik adalah berharga dalam lingkungan RM500 hingga RM700. Jika tidak cukup, anda mungkin terpaksa melupakan sementara niat untuk membeli bola atau cukup berpuashati dengan bola yang rendah kualitinya.

Berat Bola

Membeli bola yang berat adalah satu kesilapan bagi anda jika tanpa memikirkan tahap kesesuaian bola itu dengan diri anda. Terkadang para bowler terlalu ghairah untuk memiliki bola yang berat dek kerana impak yang dirasakan ketika bola meluncur ke arah pin. Memang tidak dinafikan bahawa bola yang berat amat berkuasa untuk melakukan tugasnya menyapu bersih pin yang berada di laluannya namun teknik permainan juga tidak harus dipandang sebelah mata.

Cari berat yang ideal untuk tangan anda yang anda rasa sangat selesa ketika mengangkat dan menghayunnya. Jika anda bermain 'hook', dapatkan lebih dari satu bola boling dengan yang salah satu darinya yang lebih ringan dijadikan sebagai bola "spare". Pilihlah bola yang semaksima berat yang boleh anda hayun dengan selesa. Pemain boling dewasa bagi teknik 'hook' biasanya akan menggunakan bola yang beratnya adalah dalam lingkungan 14 hingga 16 pound. Pemain "straight ball" pula adalah dalam lingkungan 12 hingga 16 pound, manakala pemain-pemain 'spin' boleh menggunakan bola yang ringan dalam lingkungan 10.5 hingga 12.5 pound.

Wednesday, October 12, 2016

TIPS : Pilih Bola Sesuai

Bermain boling dengan lebih konsisten serta dapat meningkatkan jumlah jatuhan pin dan skor dari masa ke masa amat diharapkan oleh seseorang bowler. Untuk mencapai target itu, satu perkara haruslah dititikberatkan iaitu pemilihan bola yang betul yang dapat membantu anda bermain dengan baik. Secara tidak langsung ia boleh membuatkan kita lebih seronok bermain boling bersama rakan-rakan di samping memperbaiki tahap permainan. 

Untuk itu, adalah lebih baik dapatkan bola sendiri yang sesuai dengan diri anda bukannya sekadar menggunakan "house ball". Ia bukan mudah dan pelaburannya juga bukannya murah. Dapatkan nasihat daripada otai-otai boling yang ada atau anda sendiri bertanya kepada kedai yang menjual bola boling.

Umum mengetahui bahawa pengeluar-pengeluar bola boling terkemuka seperti Storm, Hammer, eBonit, Roto Grip dan Brunswick telah membuat pelaburan yang banyak dalam sukan ini iaitu sering melakukan R&D dalam membangun dan merekabentuk bola boling yang berprestasi tinggi dengan penekanan pada garisan seimbangan (well balanced lines) pada bola bowling serta keupayaan tindak balas bola (ball reaction capabilities). Di peringkat yang lebih 'advance', anda akan dapati bahawa pemilihan bola yang sesuai dalam pertandingan akan memainkan peranan yang besar dalam kejayaan anda nanti. Namun, bagi peringkat permulaan, cukup kita lihat antara faktor-faktor asas yang harus dipertimbangkan ketika memilih bola boling untuk kegunaan sendiri.

Selalunya pemain akan melihat 3 perkara UTAMA iaitu :-

  1. Berat dan harga bola

  2. CoverStock

  3. Potensi Hook Bola
* Bersambung...

Thursday, September 1, 2016

UPSR 2016

SELAMAT MENEMPUH UPSR 2016 kepada semua putera dan putera SKBI. Semoga anda sekelian telah bersedia dan bakal beroleh keputusan yang cemerlang. Ameen

Tuesday, July 19, 2016

PANDUAN DI KAUNTER BOLING

Tanya jika ada lane kosong yang boleh digunakan. Sekiranya semua lane sedang digunakan. Isi nama pada senarai menunggu. Tunggu sehingga nama tersebut dipanggil. Kalau banyak sangat nama sebelum nama anda, pergilah makan – makan dulu.

Apabila sampai giliran anda, pergi ke kaunter dan tanya dulu harga untuk 1 game. Ini untuk memudahkan pengiraan kos nanti.

Cara pengiraan kos adalah seperti berikut: Bilangan pemain X Jumlah permainan (game) X Harga untuk 1 game + Bilangan kasut bowling yang diperlukan (jika ada) + Bilangan stokin yang perlu dibeli (jika ada). Contoh: 3 orang bermain 3 game = 9 game

Bayar jumlah yang ditetapkan dan ambil resit. Tanya nombor lorong / lane atau rujuk kepada nombor lane pada resit. Permintaan kepada lane yang spesifik juga boleh dilakukan sekiranya ada kekosongan.

Stokin boleh dibeli di kaunter sekiranya pemain tidak membawa stoking sendiri.

Pilih kasut yang sesuai di kaunter kasut. Mula dengan saiz 8, dan pilih kasut yang sesuai dengan kaki anda, tidak terlalu besar atau terlalu kecil.

KREDIT : http://jombowling.blogspot.my

Wednesday, July 13, 2016

PERALATAN BOLING

Bola bowling 

Berat dari 8 pound hingga ke 16 pound (Di Malaysia terdapat juga bola bersaiz 7 pound). Terdapat tiga lubang untuk meletakkan jari. 3 jari yang digunakan ialah ibu jari, jari tengah dan jari manis.

Pin 
Terdiri dari 10 pin yang berbentuk seperti botol. Diatur supaya berbentuk segitiga dengan pin number 1 terletak di hujung bawah dan pin nombor terletak dibahagian atas sebelah kanan.

Lorong (Lane)
Panjang 60 kaki dengan bentuk anak panah terdapat di atas lorong tersebut bagi memudahkan pemain untuk menentukan arah balingan mereka.

Kasut & Stokin
Stokin apa pun boleh, janji pakai. Terdapat kasut khas untuk pemain boling bagi memudahkan pembalingan dan memelihara kawasan balingan dan lorong bowling. Kasut khas ini juga perlu dipakai oleh setiap pemain. KREDIT : http://jombowling.blogspot.my

Tuesday, June 21, 2016

Memanaskan Badan Sebelum Bermain

Adalah sangat penting untuk memanaskan badan (stretching) sebelum mula bermain boling walaupun cuma nak main 1 game. Kalau dah lama tak main lagi la perlu panaskan badan dulu. Ini supaya kita tak cedera semasa main dan selepas main boling. Aku pernah tak stretching sebelum main dan lepas tu mula 1 badan rasa sakit. Pergelangan tangan tak boleh bengkok, kaki rasa sengal je dan belakang badan rasa macam baru lepas pikul lembu adalah antara kesakitan yang aku pernah rasa.
                                   
Berikut disampaikan cara-cara stretching sebelum mula bermain boling:
  • Tundukkan kepala sehingga menyentuh dada kemudian gerakkan ke kiri dan kanan. Boleh rasa tekanan di belakang leher.
  • Pandang depan dan telengkan kepala ke kanan dan kiri. Ulang sebanyak 3 kali bagi setiap sisi.
  • Sentuh belakang leher dengan tangan kanan dan tolek siku tangan kanan menggunakan tangan kiri. Tak perlu tekan terlalu kuat dan ulang semula pada tangan kiri pula.
  • Tegakkan tangan kanan menghala ke depan dan bawa perlahan-lahan ke sebelah kiri, rapatkan ke muka dengan menggunakan tangan kiri. Ulang semula dengan tangan kiri pula.
  • Dalam keadaan badan berdiri tegak, bengkokkan badan ke sebelah kanan dan kemudian ke sebelah kiri.
  • Dalam keadaan badan berdiri tegak, angkat kaki kanan sehingga lutut berada pada paras yang sama dengan perut anda, tahan dengan kedua-dua belah tangan, Ulang pada kaki kiri pula.
  • Dalam keadaan badan berdiri tegak, angkat kaki kanan ke sebelah belakang dan pegang pergelangan kaki menggunakan tangan kanan. Ulang semula pada kaki kiri pula.
  • Hulurkan tangan kanan ke depan dan bengkokkan pergelangan tangan supaya jari menghala ke bawah. Tarik dengan tangan kiri. Ulang semula pada tangan kiri pula.
  • Hulurkan tangan kanan ke depan dan bengkokkan pergelangan tangan supaya jari menghala ke atas, seperti nak tahan seseorang. Tarik dengan tangan kiri. Ulang semula pada tangan kiri pula. 
Sekarang anda dah boleh mulakan permainan boling anda.

KREDIT : http://jombowling.blogspot.my/

Friday, May 13, 2016

KEPUTUSAN ACARA MASTERS

Keputusan acara Masters yang dilakar peserta tunggal kita hari ini masih tidak mampu untuk membuatkan SKBI menyaingi acara Roll-Off (6 terbaik) dalam merebut kedudukan 4 tempat terbaik ke MSSM 2016. Acara Roll-Off yang dijadualkan pada Ogos nanti harus dilupakan sekali lagi untuk kali ini. Tahniah diucapkan kepada Ros Ainin Sarah yang berjuang sebagai wira tunggal SKBI sebaris dengan peserta-peserta hebat dari sekolah lain. Apapun, nama peserta SKBI tetap berada dalam kedudukan 8 terbaik dalam senarai pemain boling MSSPP 2016.

Acara Masters diadakan untuk memilih peserta terbaik untuk mewakili negeri ke MSSM. Format perlawanan adalah sebanyak 8 games (bertukar lanes selepas setiap 2 games). Markah acara Masters akan digabungkan dengan markah All Event (Individu dan Bergu) untuk mendapatkan nilai diperolehi secara keseluruhan. 6 pemain terbaik akan berentap dalam acara Roll-Off seterusnya hanya 4 terbaik sahaja akan mewakili Pulau Pinang ke MSSM 2016.

Friday, May 6, 2016

SENARAI NAMA MURID MSSPP 2016

A. PESERTA LELAKI

1. FARISZUDIN BIN NOORAKHIRLUDIN ALAM
2. MUHAMMAD SAFWAN BIN MOHD FAUZI
3. MUHAMMAD MIFZAL AIRIL BIN AHMAD
4. MUHAMMAD IZZAT AZRI BIN MUHAMED RIZAL

B. PESERTA PEREMPUAN

1. NUR ALYA SHAZWANI BINTI SHAZRIL KHAIRY
2. NURUL HAZWANIE BINTI HASMADI
3. ROS AININ SARAH BINTI MOHAMMAD ROZAIMI
4. AUNI SUFI BINTI ZAMZURI



Wednesday, May 4, 2016

LATIHAN AKHIR MSSPP

Hebat? taklah hebat sangat kan..." kalau setakat average bawah 100 tu.. tak payahlah berangan nak jadi wakil sekolah "..

Itulah "tagline" yang sering kita dengar setiap kali muncul pesta boling peringkat MSSPP. Kata-kata ini akan kedengaran lebih-lebih lagi dari kalangan mereka yang memang diketahui telah membuat rekod yang baik berbanding orang-orang lain. Peduli apa dengan dia. Biarlah dia berkata macam tu. Nanti penat, diamlah.. : )

Walau apapun yang berlaku, pada hari ini anak-anak SKBI tetap hebat dalam latihan terakhir menjelang pemilihan skuad sekolah untuk kejohanan minggu hadapan. Seramai 46 murid telah menyertai latihan termasuk beberapa orang tahun 6.

Latihan yang bermula pada jam 3.40 petang tadi telah berakhir 2 jam kemudian. Rata-rata murid bermain dengan baik walaupun ada beberapa murid yang agak corot dari pungutan mata. Namun, terdapat juga murid yang mencatat skor 142 (Nur Alya Syazwani) dan 141 (Mifzal Airil) dalam satu game. Apapun, semangat sukan yang ditunjukkan mereka amat dipuji. Tahniah diucapkan.

Sunday, May 1, 2016

HOOK 3 - Bagaimana Adjust Games

***SISTEM 534

Satu lagi sistem yang anda boleh gunakan untuk menukar line strike anda sekiranya line yang sedia ada kurang berkesan. Anda boleh ubahkan target 3 board ke kanan dan tukarkan posisi tempat anda berdiri 5 board ke kanan dan angle anda baling bola itu adalah 4 board ke kanan.

ii. ROTATION

Lebihkan axis rotation (kedudukan ibu jari anda lebih tinggi - dari jam 10 ke jam 11) anda mewujudkan lebih geseran untuk bola pergi lebih jauh dan hook yang lebih kuat. Dalam situasi lane yang banyak minyak (heavy oil) anda kena turunkan kedudukan ibu jari anda (ibu jari ke jam 10 atau 9) untuk mengurangkan rotation bola.

iii. SPEED 

Untuk lane yang kering, dengan meningkatkan kelajuan bola anda dapat membuatkan bola anda pergi lebih ke belakang lane sebelum bola itu hook. Perhatikan pemandu kereta lumba yang memperlahankan kereta mereka dalam hujan kerana dalam hujan agak kurang grip dan kurang geseran antara tayar dan permukaan jalan. Bola anda memerlukan geseran untuk hook. Oleh itu, jika di lane yang mempunyai banyak minyak (heavy oil) bola yang lebih perlahan akan membantu geseran yang lebih awal dan akan mewujudkan hook yang lebih awal yang anda perlukan.

iv. EQUIPMENT 

Untuk mengubah rotation dan speed memerlukan kemahiran dan latihan. Serupa juga dengan permainan golf adalah lebih mudah untuk menukar alat permainan anda. Untuk lane yang banyak minyak anda memerlukan lebih geseran. Oleh itu, pilihlah bola yang mempunyai permukaan yang pudar (dull surface) dan bila lane semakin kering, gunakan bola yang mempunyai permukaan yang berkilat.

Sekarang lebih mudah oleh kerana pengeluar bola biasa nya akan memberi statistic bola tersebut dan bola itu lebih sesuai untuk keadaan lane yang bagaimana.


Nota : Kesemua maklumat di atas adalah hasil perkongsian idea rakan-rakan internet di laman blog boling. Ia telah diadaptasi semula atau kekal dalam bentuk asal bagi sesetengahnya sesuai dengan aras para pembaca.

Thursday, April 21, 2016

HOOK 2 - Bagaimana Adjust Games

Walaupun permainan secara hook telah secara saintifiknya telah dibuktikan sebagai cara yang paling efektif untuk mendapatkan strike tapi ianya satu teknik yang senantiasa memerlukan perubahan dalam teknik kita. Bowler yang cepat membuat perubahan dan membuat perubahan yang tepat akan dapat memastikan permainan mereka sentiasa mantap dan dapat mengatasi pemain-pemain lain yang lambat atau tidak lansung membuat perubahan.

Pemain bowling yang baik akan menerima hakikat bahawa permainan bowling ialah KESEMUANYA adalah perubahan. Bila anda boleh menerima hakikat ini maka anda akan membuat perubahan yang sepatutnya dan anda akan lebih enjoy dalam permainan anda dan anda bukan sahaja sedar yang anda perlu membuat perubahan tapi dapat membuat perubahan lebih cepat dari lawan anda.

Jika anda cuma bermain dalam liga di tempat yang sama setiap minggu maka anda mungkin bermain dalam keadaan lane yang sama. Tak perlu buat banyak perubahan dan anda boleh menggunakan line yang sama dan bola yang sama. Bagaimanapun jika anda selalu bermain di tempat yang berbeza-beza dalam kejohanan boling maka anda ada dua pilihan iaitu cuba melawan lane dengan menggunakan cara biasa anda ataupun membuat perubahan supaya anda dapat membuat balingan yang optimum. Jika pilihan anda ialah membuat perubahan dalam game maka teruskan membaca artikel ini.

Minyak digunakan pada lane untuk melindungi lane tersebut tapi semasa permainan minyak tersebut akan berubah-ubah tempat dan akan berlaku perubahan pada lane tersebut. Jadi apa yang anda akan buat? Anda mungkin akan merungut-rungut tentang keadaan lane yang teruk tapi jika anda sedang bermain dalam liga atau satu-satu kejohanan yang ianya tidak akan membawa apa-apa faedah. Keadaan minyak sudah berubah dan lawan anda akan dapat melihat yang anda sudah merasa tertekan dan kekuatan mental anda makin berkurangan. Jika anda sedang bermain dalam sesuatu liga ataupun kejohanan maka lawan anda juga akan bermain dalam keadaan lane yang sama maka ianya adil pada semua. Jadi apa yang anda perlu buat? Jangan merungut, sebaliknya anda haruslah menggunakan pengetahuan anda untuk membuat perubahan.

Perubahan : 

Anda boleh mengubah posisi semasa mula-mula berdiri ke kiri atau ke kanan sebanyak setengah board hingga 10 board, tukar target anda (arrow/dot), tukar kelajuan bola atau tukar bola anda. Banyaknya benda nak kena tukar. Bila nak berhenti buat semua perubahan ini ?

Terdapat 4 perubahan utama yang anda boleh gunakan dengan berkesan. Kita gunakan akronim ARSE untuk mewakili 4 perubahan tersebut iaitu :

i) Angle - Sudut
ii) Rotation - Kadar putaran bola
iii) Speed - kelajuan bola
iv) Equipment - Bola yang digunakan

Oleh itu, jika anda rasakan bola anda asyik tak masuk pocket dan susah nak dapat strike jika dibandingkan semasa anda mula-mula main, maka jangan cepat panik. Anda harus sedar bahawa keadaan lane sudah berubah (minyak telah kering dan sebagainya) dan anda perlu membuat perubahan yang sewajarnya. Sentiasa ingat ARSE anda dan anda ada 4 jenis perubahan yang anda boleh buat dengan serta merta untuk membuat balingan yang baik. 4 perubahan itu mampu membantu anda dalam apa jua keadaan lane.

i. ANGLE - Selalunya semasa permainan, bola akan menyerap minyak ataupun menolak minyak ke belakang lane (push it further down). Ini bermakna bahagian lane yang berdekatan dengan pin (laluan bola) akan kering dan akan membuat bola anda akan hook lebih cepat (ada lebih geseran antara lane dan bola). Cara yang paling mudah ialah mengubah posisi berdiri anda ke kiri (ke kanan untuk yang kidal) untuk mendapatkan lebih swing (bola akan keluar sedikit). Ini bermakna anda telah ubah angle (sudut) bola anda ke pocket pin .Ini akan mewujudkan line ke pocket yang baru untuk anda. Bagaimanapun kadang-kadang anda akan menggunakan line yang turut digunakan oleh lawan anda yang turut telah kering. Oleh itu, dalam keadaan begini anda kena bergerak ke kiri dengan mengubah posisi berdiri sebanyak 5-10 board.

Tetapi bagaimana pula jika anda sudah mengubah posisi anda ke kiri (ke kanan untuk kidal) sebanyak yang mungkin? Senang sahaja, ingat ARSE anda. Anda ada 3 lagi perubahan yang anda boleh gunakan... : )

Thursday, March 17, 2016

HOOK 1 - Bagaimana Adjust Games

Untuk mereka yang bermain secara hook, berikut adalah beberapa teknik yang boleh diambil untuk menukarkan game kita supaya dapat strike atau bola masuk pocket.

Ubah Tempat Berdiri

Untuk memastikan yang teknik ini berkesan pastikan anda berdiri di tempat yang sama (frame 1) semasa mula-mula membuat balingan. Sebagai contoh, kaki sebelah kanan hendaklah berada di sebelah kiri dot tengah. Setelah berdiri di tempat yang betul, balingan hendaklah di"target" iaitu biasanya iaitu arrow 2 atau 3 dari kanan (ikut kesesuaian). Semasa membuat balingan sila pastikan bahawa balingan hendaklah tepat ke arrow tersebut dan kemudian lihat bagaimana bola itu hook ke arah pin. Jika bola pergi ke arah pocket kiri iaitu pocket pin 1-2 (brooklyn) maka hendaklah ubah kedudukan satu board ke kiri.

Sebaliknya jika bola kurang masuk pocket atau agak light pocket maka ubahkan kedudukan semasa berdiri satu board ke kanan. Jika terlalu banyak sangat tidak masuk, ubah lagi dua board ke kanan.

Anda perlu ingat yang kadang-kadang lane akan berubah (jika bermain dalam tournament besar seperti MSSM) dan anda perlu mengubah semula kedudukan tempat anda berdiri. Kelewatan anda menukar tempat berdiri akan membuatkan pencapaian anda merosot.

Kadang-kadang anda sendiri (sering berlaku) agak lambat dan degil untuk menukar posisi anda walaupun keadaan lane sudah berubah disebabkan anda berfikir ianya disebabkan cara balingan anda dan bukan disebabkan perubahan dalam lane.

Oleh itu amat penting anda selalu melihat bagaimana bola anda bergerak di atas lane setelah anda membuat balingan. Anda perlu ingat bahawa bermain secara hook amat teknikal dan anda perlu senantiasa peka dengan perubahan kepada lane dan bola anda. Di samping anda melihat reaksi bola anda, anda juga boleh melihat reaksi bola orang lain yang bermain hook di lane yang sama untuk anda membuat perubahan segera pada tempat anda berdiri.

Menukar tempat anda berdiri adalah perubahan yang paling mudah untuk meningkatkan tahap permainan anda. Bagaimanapun ini bukanlah satu idea tunggal tentang cara untuk meningkatkan permainanan kerana kadang-kadang anda akan berhadapan dengan situasi di mana anda masih tidak dapat mencari pocket walaupun sudah menukar posisi tempat anda berdiri. Bila ini berlaku maka anda haruslah melakukan perubahan dalam faktor-faktor yang lain pula.

Biasanya di lorong-lorong (lanes) yang agak atau telah kering seperti semasa waktu puncak (tiada ada lagi khidmat oiling) ketika anda bermain, anda akan lihat bola anda akan hook terlalu banyak dan selalu tersasar ke pin 2 atau 4 dan kadang-kadang ke pin 7. Lebih mengecewakan kalau bola terus menjunam ke longkang. Untuk berhadapan dengan situasi itu, anda hendaklah mengubah posisi anda berdiri (4/5 board ke kiri) dan masih menggunakan target ke arrow 3 dari kanan.

Bagaimanapun oleh kerana anda sekarang berdiri agak jauh dari target anda, maka ada ketikanya anda dapati tangan anda terbuka (mengepak) dan bola terlalu ke kanan dan ada juga terus ke longkang (kanan). Ini bermakna ruang untuk kesilapan adalah amat kecil (small margin of error) dan anda kena menumpukan sepenuh perhatian supaya anda tidak tersasar dari target anda. Tumpukan sepenuh perhatian anda pada arrow target anda dan untuk lebih accurate gunakan dot yang lebih hampir dengan foul line. Untuk itu, selalulah gunakan board di atas dot yang sama sebagai target anda untuk lebih accurate. Jangan gunakan pin sebagai target kerana ia jauh dari foul line dan tidak sesuai digunakan sebagai target.

Pastikan juga, setelah selepas setiap balingan anda, perhatikan di mana bola anda jatuh untuk memastikan "targeting" anda itu tepat dan tangan anda tidak mengepak. Jangan campak bola anda kerana walaupun bola jatuh atas arrow/dot target anda, kemungkinan bola akan lari dari target. Untuk tidak menghempas/mencampak bola tundukkan dan rendahkan badan anda semasa anda membuat balingan (delivery).

Selamat mencuba !

Monday, February 29, 2016

Average oh average!

Berikut adalah lima petua cepat untuk membantu anda meningkatkan purata (average) permainan boling anda.

1. Gerakan & Graviti

Semasa anda menghayun bola boling, biarkan graviti melakukan kerja untuk anda. Gunakan tangan dan otot untuk menggerakkan bola secara cepat. Selalunya, tangan kita tidak akan mungkin terlalu konsisten sepanjang permainan, betul tak? kalau tidak, anda sudah boleh dikira sebagai jaguh yang awesome...
Untuk itu, cubalah untuk membaling dengan cara yang sama (duplicate) iaitu tiru cara sepertimana balingan terdahulu yang terbaik sama ada dalam kutipan mata mahupun teknik.
Membiarkan kawalan graviti buaian akan memberikan anda lebih konsisten kerana kuasa graviti adalah tetap tidak kira di mana anda berada. Seeloknya kita melakukan hayunan sebanyak 2-3 kali untuk mendapatkan tune.


2. Membuat SPARES
Menghabiskan pin yang ada pada balingan kedua setiap frame amat penting. Ia cara terbaik untuk meningkatkan purata untuk setiap balingan. Itu pun kalau boleh... kerana kita sering memberi tumpuan tentang bagaimana untuk membuat serangan sedangkan kita lupa akan SPARES.
Walaupun tidak mendapat STRIKE, anda masih boleh mendapatkan skor 190 jika anda mencatat 9 mata pada frame pertama dan dihabiskan dengan SPARES pada frame kedua. Tak percaya cubalah!



3. Membeli Bola Boling
Yang ketiga ni, bagi yang berkemampuanlah. Ini kerana harga sebiji bola baru lebih kurang RM120 - RM200 paling murah. Itupun jenis polyester (plastic ball), belum lagi kira yang jenis urethane, reactive ataupun particle. Berjenama ke atau tidak seperti Storm, Columbia, Brunswick, Ebonite, Track, AMF, Dyno Thane dan Morich. Kalau tak mampu atau sekadar sukan boling ni sebagai satu riadah atau melepas geram pada "boss".. cukuplah pakai house ball yang ada di pusat boling tu.

Terdapat dua sebab mengapa bola boling sendiri akan meningkatkan purata anda. Pertama, blok coverstock dan berat dalam bola boling moden direka untuk merobohkan pin boling. Keduanya pula, bola boling sendiri selalunya akan selesa pada tangan dan jari kita sebab ia akan ditebuk mengikut jari tuan empunyanya. Seeloknya, carilah bola yang agak berat untuk memudahkan pin itu jatuh semua. Satu lagi, anda akan mendapat markah yangg konsisten, sebab anda guna bola yang sama untuk tempat main yang berlainan.


4. Menjadi Selaras
Membuat balingan secara konsisten dengan cara yang sama (duplicate). Ia membolehkan anda yakin bahawa bola akan terkena sasaran iaitu pin. Anda pasti dapat menduga apa yang bakal terjadi jika semuanya dilakukan secara sama dan konsisten juga sebaliknya.

5. Sasarkan Arrow & Tahu Pocket

Yang terakhir inilah ibu segala tips. Selalunya orang akan lerekkan bola pada pin iaitu membuat balingan dengan cara melihat serta mensasarkan bola terus pada pin. Cara begini bukannya tidak betul, tetapi jika kita terus bermain cara begini apa gunanya ada tanda arrow pada setiap lorong boling. (...penat jer tukang cat tu dok lukis..)


Oklah, dengan cara kita melihat pada arrow sebelum membuat balingan ia akan banyak membantu bola kita tepat pada sasaran terutama bagi pemain "hook". Arrow yang dicadangkan untuk membuat balingan STRIKE adalah arrow 2 atau 3 (dari kanan) bagi yang kidal sebaliknya. Pocket pula haruslah pada pin iaitu antara pin 1 dan 3 dan yang kidal pin 1 dan 2. Apapun, semua teknik di atasnya penting untuk diaplikasikan bersama kesemuanya menjadi satu bancuhan untuk satu permainan yang hebat dan konsisten dalam mengumpul mata dan purata yang baik.

Saturday, February 27, 2016

APA ITU SPINNER ?

Teknik SPINNER ini popular di kalangan pemain Taiwan khususnya. Bola akan bergerak secara lurus sambil ia berputar, dan bola spin yang baik biasanya akan "flip" sedikit sebelum mencecah pin.

Jenis bola
Biasanya bola ringan digunakan, iaitu 10-12lbs. Bola ringan digunakan untuk mengelakkan kecederaan pergelangan tangan ketika "release".

Grip
Kebiasaannya "conventional grip" digunakan, iaitu jari hantu dan jari manis dimasukkan ke dalam lubang sehingga takat kedua "2nd knuckle" dan ibu jari dimasukkan sehingga pada pangkal. Sila rujuk kepada Pro- Shop untuk maklumat lanjut.

Memegang bola
Untuk pemain hook, jari hantu dan manis dimasukkan dahulu sebelum memasukkan ibu jari. Walau bagaimanapun, untuk spinner, ibu jari dimasukkan terlebih dahulu dan barulah diikuti oleh jari manis dan hantu. Semasa berdiri memegang bola, ibu jari biasanya menunjukkan arah "pukul 12".

Release
Semasa bola turun daripada back swing, iaitu bola selari dengan kaki, pusing bola lawan arah jam (atau lawan arah jam untuk pemain kidal), kemudian jari hantu dan manis dilepaskan terlebih dahulu dan ibu jari bertindak sebagai "pivot" atau pusat putaran bola sebelum dilepaskan ke lorong.

Sedikit tambahan:
Untuk pemain kanan, bola akan menyentuh 4 pin sahaja untuk strike shot, iaitu pin 1 dan deflect kepada 3,6,dan 10 amnakala untuk pemain kidal, ia akan menyentuh pin 1,2,4 dan 7.

Maklumat lanjut : http://bolingskbi.blogspot.my/2015/11/teknik-spin.html

Sekadar pendapat dan perkongsian, harap berfikir sebelum mencubanya.
Nukilan oleh / Kredit untuk : http://anakcemut.blogspot.de/

Thursday, February 25, 2016

CARA BALINGAN STRAIGHT

Starting
Pastikan anda berdiri tegak dengan kaki kanan berada ditengah2 antara dot1 dgn dot2 sebelah kiri dari dot tengah (anggaplah dot tengah sebagai 0). Ini bermakna tangan kanan anda betul2 berada di tengah atau hampir dgn dot tengah. Bagi yang gunakan tangan kiri utk membaling sama aje iaitu kaki kiri anda mesti berada di tengah2 antara dot 1 dgn dot 2 sebelah kanan dari dot tengah.

Pegangan Bola
Setelah ketiga2 jari dimasukkan pastikan anak jari berada dalam jarak 2cm dekat dengan lubang jari manis, manakala jari telunjuk berada dalam jarak lebih sedikit 3cm dari lubang jari hantu. Ampu bola macam menatang (minyak) dengan bantuan tangan kiri. Bahu mesti tegak.

Ketika Balingan
Waktu nak baling pergerakan badan menuju ke depan mesti selari dengan line. Turunkan bola tidak boleh mengejut bahkan hendaklah melunjurkan tangan lurus ke depan dan turunkan ke bawah dan hayun ke belakang (dan) terus baling. Bila bola hampir2 nak dilepaskan kena lihat serentak line tengah dengan ibu jari sebaris dengan line tengah kemudian baling. Pastikan kelajuan balingan anda. Kerana balingan perlahan akan membuatkan bola cepat membelok.

Ambil Spare
Caranya sama dengan di atas tadi iaitu ibu jari mesti berada sebaris dengan line pin yang hendak ditujukan. Mudahkan??. Apa2 pun terpulanglah dengan cara masing2. Kita tak selalunya serupa. Sebenarnya cara ini adalah cara yang diajar oleh k/tangan Proshop ketika mula2 saya belajar main bowling di Lesure Mall dalam pertandingan anjuran Bank Rakyat. Memang praktikal kerana baru main dah berjaya buat pernah score 250 10pin tap. Hinggalah sekarang ni.. kekadang kalau tak menjadi saya akan cuba cara lama tu. Sekarang ni saya leh main dua cara iaitu straigh dan hook. Harap kepada mereka2 yang main straight bolehlah mencubanya. Insha Allah. Jika tak faham juga bolehlah jumpa saya.

INGAT!!!
Ibu jari mestu sebaris dengan line / pin yang hendak ditujukan.

Sekadar pendapat dan perkongsian, harap berfikir sebelum mencubanya.
Nukilan oleh / Kredit untuk : http://anakcemut.blogspot.de/

Thursday, February 18, 2016

LATIHAN BOLING


Seramai 38 murid SK Bertam Indah hari ini telah menyertai latihan kelab boling. Bertempat di Mega Bowling Center, latihan yang dimulakan jam 3.40 itu turut dihadiri dua orang guru penasihat kelab. Rata-rata pemain pada hari ini menunjukkan permainan yang agak kurang memberansangkan berbanding latihan-latihan sebelum ini. Namun begitu, terdapat beberapa murid yang menunjukkan permainan yang agak baik.



Berikut adalah rekod permainan berdasarkan 2 games terawal :

BIL NAMA PESERTA K G1 G2 JUMLAH
1 NURAISHAH SARAH 5M 126 119 245
2 AUNI SUFI 5M 107 85 192
3 MUHD MIFZAL AIRIL 5N 90 94 184
4 MUHD IZZAT AZRI 5N 92 67 159
5 MUHD HAIKAL 4D 90 68 158
6 MUHAMMAD 5M 61 78 139
7 AZWAR SAFWAN 5D 89 42 131
8 AMMAR FARHAN 5D 80 49 129
9 MUHD HARIZ IMAN 5N 70 57 127
10 MUHD FARIS 5N 56 68 124
11 SYAHRUL AZRI 5N 62 60 122
12 MUHD NUQMAN AIZUDDIN 4M 82 34 116
13 PUTERI NUR ISMA IREENA 5N 62 51 113
14 ARA KHADEJA 5M 54 52 106
15 NURUL SYAZWANI 5N 55 47 102
16 NUR ALYA DALILAH 5M 40 56 96
17 MUHD SYAHIN 5B 39 56 95
18 DANIA 5D 38 53 91
19 FARAH LIYANA 4N 66 25 91
20 NUR ALIA MAISARAH 5D 49 42 91
21 MUHD ANIQ DZAQUAN 4N 33 57 90
22 AZALEA ERDINA 5M 39 46 85
23 MUHD DANIAL HADI 5N 38 46 84
24 MUHD AZRIZAL IZMAN 4N 55 29 84
25 MUHD ILHAM 45 37 82
26 NUR AINA NAJWA 4D 41 35 76
27 NUR HANNAN AMMAR 5M 45 30 75
28 MUHD UWAIS DZARIF 5D 36 37 73
29 MUHD SAFWAN IMAN 4N 32 31 63
30 NUR ADLIN SOFIA 5M 18 44 62
31 SYED MUHD MUAZ 4M 42 20 62
32 NUR AFIQAH QAISARA 5D 41 16 57
33 NUR AMIRA NATASYA 4N 16 33 49
34 NURFATIN SYAZWANI 5M 27 19 46
34 MUHD JAMILUL RIDWAN 5D 27 19 46
36 MOHD HATIM 4N 28 14 42
37 MUHD SHIFAN 4N
38 NUR HAIDA 5D