Isnin 14 Feb 2011 Seramai 8 orang ahli Kelab Boling SKBI hari ini menyertai Gerak Gempur Juara yang berlangsung di Megamal Pinang. Program GGJ yang telah memasuki Siri Ke-5 itu akan menyaksikan penganjuran terakhirnya pada Rabu ini. Pada kali ini, peserta diberi peluang untuk membuat latihan selama 2 jam dengan dilatih oleh En. Mohamed Effendy b. Abdullah. Peserta pada kali ini rata-rata dapat bermain sebanyak hampir 6 games.
Menurut guru penasihat, En. Rasyiddin Mohd, latihan GGJ kali terakhir akan diadakan pada Rabu ini bersama-sama peserta latihan boling biasa. Namun, untuk kali terakhir ini peserta akan diberi penekanan dari segi teknik melancarkan bola "spare". Untuk itu, dua pin akan diletakkan di kiri dan kanan lane. Setiap peserta akan membuat sebanyak-banyak lontaran sehingga mereka dapat menguasai kemahiran itu dengan baik.
No comments:
Post a Comment