Thursday, February 24, 2011

MSSPP : HARI 3


Harapan untuk melihat skuad boling SK Bertam Indah menjulang emas atau perak di Kejohanan Tenpin Boling MSSPP 2011 pada hari terakhir tidak kesampaian apabila mereka hanya pulang dengan pingat gangsa menerusi kategori berpasukan. Bak kata pepatah Melayu "tiada rotan, akarpun jadi", rezeki yang boleh diibaratkan seperti jatuh dari langit itu tetap hadir walaupun kilauannya tidak setanding emas dan perak.

Melalui acara berpasukan pada hari ini, kesemua peserta menunjukkan tahap permainan yang agak baik. Namun begitu, skuad perempuan terbukti lebih menyerlah dalam kategori ini apabila berjaya mengutip mata jauh lebih baik berbanding skuad lelaki. Apapun, sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua wira dan wirawati boling iaitu



Mohd Iman Najmi bin Mohd Nasir,
Nazirul Munir bin Mohd Mokhtar,
Muhammad Syazriel Nazim b. Seaini,
Ahmad Izzat bin Ahmad Nizman,
Nur Wardina Ameera bt Abdullah,
Nur Fatini Atiera bt. Marzizi,
Nur Syamimi bt Abdull Shukor,

Nur Hanie Qistina bt. Mohd Jamil



kerana berjaya mengharumkan nama sekolah buat kesekian kalinya.

Yang pasti, aura SKBI tetap terpancar saban tahun sekalipun pingat yang dikalung tidak sekilau yang diimpikan.

TAHNIAH sekali lagi....

No comments:

Post a Comment