Seawal 2 Mac 2011 ini, Kelab Boling akan mengadakan aktiviti baru yang dikenali sebagai Program Pembangunan Sukan. Program ini dijalankan di bawah sub Latihan Boling Edisi Ke 7 dan seterusnya dan terbuka kepada semua ahli kelab dan bukan ahli bagi sesi pembelajaran 2011.
Tujuan diadakan adalah untuk melatih dan membimbing pemain ke arah pembangunan sukan boling yang lebih terarah dan tersusun. Lebih jauh daripada itu, program ini dirancang untuk memilih peserta boling yang betul-betul mahir dan konsisten dalam permainan untuk menjadi juara boling pada masa hadapan. Dengan memberi fokus penyertaan kepada murid-murid dari tahun 4 dan 5 di samping murid tahun 3 yang berkelayakan program ini mengutamakan kualiti dan bukannya lagi kuantiti.
Untuk pusingan 1 yang bakal berlangsung pada Rabu ini, pihak pengurusan bercadang untuk mengambil murid-murid tahun 4 dan 5 sahaja. Namun bagi murid-murid tahun 6 yang ingin turut serta mereka juga dialu-alukan sebagai peserta jemputan.
Dalam pada itu, mata score setiap pemain akan direkod dari semasa ke semasa dan setelah melalui beberapa pusingan hanya pemain yang konsisten dengan sahaja layak kekal dalam program ini. Bagi peserta yang
No comments:
Post a Comment